KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN UUM JALIN KERJASAMA TANGGANI ISU KEMISKINAN

SINTOK, 12 Julai 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK)  dan Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kerjasama  penyelidikan dan program pemindahan ilmu berasaskan kemiskinan dan perusahaan serta  keusahawanan sosial.

MoU tersebut  ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato' Razli Che Razak manakala UUM diwakili oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Fo'ad Sakdan, di Balai Tamu Canselori UUM, Sintok, Kedah.

230823-01-02.jpg

Majlis menandatangani MoU turut disaksikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Dr. Arham Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof. Dr. Russayani Ismail.

Naib Canselor UMK, Prof Dato' Dr. Razli, memaklumkan bahawa  seramai 2,556 pelajar UMK terdiri daripada asnaf dan fakir miskin yang perlu dibantu dan diberi perhatian.

Katanya, UMK selalu menjadikan UUM sebagai tanda aras dan menerusi usaha sama ini kita dapat membincangkan kaedah, menjalankan projek dan memikirkan bagaimana untuk menangani isu kemiskinan memandangkan angka tersebut semakin meningkat.

“Justeru, kerjasama yang dimeterai hari ini antara Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) dan Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) diharap dapat membantu menangani kemiskinan,” katanya.

 230823-01-04.jpg

Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, kerjasama itu akan memberi penumpuan kepada pemerkasaan golongan yang dibelenggu kemiskinan untuk diberikan perhatian melalui  Kajian Pemetaan Komuniti Miskin serta pelaksanaan Program Basmi Miskin Tegar.

"Dengan menggunakan instrumen pemetaan dan pemantauan yang dibangunkan oleh penyelidik dari UMK dan digunakan di seluruh Malaysia bagi membantu menguruskan kemiskinan," katanya.

Beliau berkata, UMK akan bekerjasama dengan IPIZ UUM dalam melaksanakan aktiviti berkaitan dengan penyelidikan dan program pemindahan ilmu berasaskan kemiskinan, perusahaan dan keusahawanan sosial.

230823-01-03.jpg

“Selain itu, golongan yang dibelenggu kemiskinan akan diberikan perhatian melalui aktiviti berkaitan dengan pemindahan ilmu, pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosial bagi menguruskan kemiskinan.

“UMK melalui InsPeK telah berjaya melaksanakan pelbagai kajian dan program pemindahan ilmu yang terbukti berjaya contohnya Kajian Pemetaan Komuniti Miskin di Kelantan dan pelaksanaan Program Basmi Miskin Tegar.

“Melalui program ini, UMK telah menggunakan instrumen pemetaan dan pemantauan yang dibangunkan oleh penyelidik dari UMK dan digunakan di seluruh Malaysia bagi membantu menguruskan kemiskinan,” katanya.

230823-01-05.jpg

Prof. Dato’ Dr. Razli berkata, program pemindahan ilmu dan pembinaan kapasiti seperti projek Ikan Lunak di Tok Bali yang melibatkan Kumpulan Wanita Nelayan sekitarnya terbukti mampu memberikan semangat baharu kepada mereka untuk bangkit dari kemiskinan.

“Melalui inisiatif ini juga, aktiviti siswapreneur dan keusahawanan sosial turut akan diperkasakan lagi. Bidang-bidang lain yang dirasakan mampu untuk menjayakan aspirasi dan inisiatif ini juga akan diberikan perhatian untuk dilaksanakan di masa akan datang, dengan perancangan yang strategik dan berkesan antara UMK dan UUM,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png5.png4.png
Today166
Yesterday316
This week166
This month8102
Total286254

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search