KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN INDUSTRI BERGANDING BAHU BANGUNKAN INDUSTRI SUMBER MINERAL DAN NADIR BUMI (REE)


KOTA BHARU 28 Ogos 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pusat Penyelidikan Dan Perkhidmatan Gold Rare Earth & Material Technopreneurship Centre (GREAT) akan berganding bahu dengan agensi kerajaan dan industri dalam usaha membangunkan sumber mineral khususnya elemen nadir bumi (REE) di beberapa lokasi yang dikenalpasti berpotensi mengandungi sumber tersebut.

050923-01-02.jpg
Pengarah Pusat Penyelidikan Dan Perkhidmatan Gold Rare Earth & Material Technopreneurship Centre (GREAT), Dr. Noor Fazliani Shoparwe berkata, GREAT mempunyai kepakaran serta penyelidikan yang boleh mengembangkan lagi sektor perlombongan dan industri berasaskan sumber mineral di negara ini.
Justeru, beliau berkata, penganjuran Seminar on Mineral Resources and Technology (SMART) 2023 oleh GREAT dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) dengan kerjasama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan diadakan sebagai platform kerjasama antara agensi kerajaan dan industri berkaitan nadir bumi dan sumber mineral di kawasan berpotensi strategik.

050923-01-05.jpg
“Seminar bertemakan Understanding the Potential and Challenges of Rare Earth Establishment Based Industries in Malaysia ini juga diadakan bersempena persidangan International Conference on Bioengineering and Technology (IConBET 2023).
“SMART 2023 menerima penyertaan seramai 150 peserta dari pelbagai pemain industri, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), agensi kerajaan dan perseorangan.
“Objektif utama penganjuran seminar ini sebagai platform untuk pakar, cendekiawan, industri untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan penyelidikan mereka dalam bidang sumber mineral dan teknologi,” katanya pada Majlis Perasmian SMART 2023 oleh Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Ts. Dr. Julie Juliewatty Mohamed mewakili Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.

050923-01-04.jpg
Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan UMK, Prof. Madya Ts. ChM Dr. Abdul Hafidz Yusoff, Dekan FBKT, Prof. Madya Dr. Muhammad Azwadi Sulaiman, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tuan Wan Mohd Husni Wan Osman.
Sementara itu, Prof. Madya Ts. ChM Dr. Abdul Hafidz berkata, industri Nadir Bumi (REE) telah menjadi sumber penting dalam industri pada hari ini.
Beliau berkata, pembangunan industri REE boleh memberikan sokongan yang amat besar untuk pembangunan industri berasaskan REE hiliran yang akhirnya boleh berfungsi dengan kebolehcapaian sumber REE tempatan.
“Sehubungan itu, FBKT dan GREAT tidak mahu ketinggalan berkongsi peluang dan ilmu berharga ini bertemakan ‘Memahami potensi dan Cabaran Pembangunan Industri Nadir Bumi di Malaysia’ kepada masyarakat.

050923-01-03.jpg
“Empat panel penceramah telah menyampaikan syarahan berkaitan REE dan sesi dialog telah berlangsung dengan meriah dengan penyertaan dan cadangan dari pelbagai industri,” katanya.
Tambah beliau, pada sesi pertama seminar, penceramah telah membahaskan tentang kekuatan sumber REE di Malaysia yang bernilai lebih 700 billion, manakala 125 billion darinya terletak di negeri Kelantan.
“Pada sesi seterusnya, penceramah telah membincangkan cabaran dan halatuju REE negara pada hari ini.
Turut berlangsung pameran dari pelbagai agensi dan industri turut terlibat membuka reruai bagi mempromosi perkhidmatan yang ditawarkan.

050923-01-06.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png9.png7.png
Today309
Yesterday316
This week309
This month8245
Total286397

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search