KEJAYAAN

Kejayaan

PROGRAM BICARA AKADEMIA BERSAMA PROF. EMERITUS DATUK DR. RADUAN CHE ROSE, PRESIDEN MAJLIS PROFESOR NEGARA (MPN)


BACHOK, 2 Ogos 2023 I Program Bicara Akademia Bersama Prof. Emeritus bertajuk "Pendidikan Tinggi Tunjang Kemajuan Negara" telah diadakan di Auditorium Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan, yang menampilkan tetamu istimewa iaitu Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose.

050923-20-03.jpg
Program bual bicara anjuran Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) itu telah berlangsung hampir tiga jam dimana Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan telah berkongsi mengenai aspirasi, dasar dan cabaran dalam landskap pendidikan tinggi.
Di dalam sesi itu juga Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan juga telah berkongsi pengalaman dan agenda penting beliau sepanjang menjawat jawatan Naib Canselor UMK.
Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato' Dr. Razli Che Razak, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Mohamed, Pendaftar UMK, En. Mohd Khairul Eruwan dan Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik,Prof. Madya Dr. Mohamad Najmi Masri.
Program ini turut dihadiri, Pengarah Bahagian Education Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato' Haji Shushilil Azam Bin Shuib, Ketua Pegawai Operasi Majlis Professor Negara, Prof. Ts. Ir. Dr. Md Yusoff Taib, Rektor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi Dan Pengarah Kampus, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Bin Shamsuddin.

050923-20-04.jpg
Menurut Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan, UMK perlu menjadi universiti yang berfokuskan kepada Universiti Keusahawanan yang menjadi teras universiti.
Katanya, universiti perlu mempunyai visi dan misi yang jelas dan memberi manfaat yang besar kepada komuniti dalam memajukan ekonomi negara melalui Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Program-KTP).
“Ahli akademik UMK disaran untuk meneliti apakah kepakaran yang boleh disumbangkan untuk merancakkan pertumbuhan pembangunan UMK dan sekaligus meningkatkan pencapaian masyarakat. UMK merupakan sebuah pelaburan untuk membangunkan masyarakat Kelantan dan negara,” katanya.
Justeru, beliau berharap UMK dari semasa ke semasa perlu membina kekuatan sebagai Higher Learning Institution. Ini kerana pembangunan UMK merupakan pemangkin utama pembangunan negeri dan negara.

050923-20-05.jpg
Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Razli berkata, secara prinsipnya, objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperkasakan aspirasi kerajaan melalui Pendidikan Tinggi dimana institusi ini menyumbang kepada pembangu¬nan masyarakat dan ekonomi negara.
Katanya, melalui peruntukan yang berjumlah RM388.1 bilion dalam Belanjawan 2023 bagi menyokong usaha KPT untuk melaksanakan transformasi pendidikan tinggi melalui pengukuhan ekosistem pendidikan tinggi.

050923-20-06.jpg
“Pembangunan modal insan tidak cukup sekadar mengajar pelbagai disiplin ilmu peng¬etahuan di bilik kuliah, tetapi staf akademik juga perlu mewujudkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang memberi ruang kepada siswa siswi men¬eroka dan melaksanakan elemen kreativiti dan inovasi,” katanya.
Beliau juga berharap Program Akademia Bersama Profesor Emeritus ini dapat diteruskan dan dijadikan sebagai aktiviti berkala buat universiti.

050923-20-08.jpg

050923-20-09.jpg
 
050923-20-02.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png4.png1.png3.png
Today325
Yesterday316
This week325
This month8261
Total286413

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search