KEJAYAAN

Kejayaan

PROF. DATO DR. NIK MAHERAN NIK MUHAMMAD TERIMA DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (D.P.S.K)


KOTA BHARU 30 September 2023 I Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, menerima darjah kebesaran Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) yang membawa gelaran Dato’, di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Pengurniaan darjah kebesaran negeri itu adalah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-54 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Muhammad V pada 29 dan 30 September 2023.

161023-02.jpg
Turut menerima darjah kebesaran ialah Pengarah UMK Kampus Jeli, Prof. Dr. Aweng A/L Eh Rak dan Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMK, Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff, yang menerima darjah Ahli Yang Ketiga (Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K.).
Tengku Mahkota Kelantan, Duli Yang Maha Mulia, Tengku Dr. Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra telah berkenan menyempurnakan istiadat penganugerahan kepada 772 penerima darjah kebesaran dan pingat.
Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University of Winconsin Milwaukee, Amerika Syarikat, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia dan Doktor Pentadbiran Perniagaan di Universiti Sains Malaysia.
Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran, menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada KDYMM Sultan Muhammad V di atas pengurniaan darjah kebesaran itu.

161023-03.jpg
Beliau turut merakamkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan diatas pengurniaan darjah kebesaran ini dan ia sebagai satu pengiktirafan kepada UMK dan semua warganya.
“Allhamdullilah, UMK telah menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan khususnya kejayaan dalam merangkul pelbagai pengiktirafan di peringkat akademik dan penyelidikan antarabangsa.
“Selain itu, UMK turut menjalinkan kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri khususnya dalam pelbagai bidang terutamanya dengan memberi tumpuan kepada kerjasama dalam memacu pembangunan ekonomi negeri dan pendidikan,” katanya.
Justeru, UMK merakamkan ucapan Setinggi-tinggi Tahniah diatas penganugerahan pingat dan darjah kebesaran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang Ke-54, Tahun 2023.

161023-04.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png6.png6.png
Today178
Yesterday316
This week178
This month8114
Total286266

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search