KEJAYAAN

Kejayaan

UMK RAIH 25 MEDAL DI IUCEL 2023


KUANTAN, 25 September 2023 l Universiti Malaysia Kelantan berjaya meraih tujuh pingat emas, sembilan pingat perak dan sembilan pingat gangsa di International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2023 bagi 7 kategori yang di pertandingkan.

161023-03-02.jpg
UMK telah menghantar 26 penyertaan di pertandingan IUCEL 2023 yang di hoskan oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang bertemakan Empowering Society Through Education 5.0 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang, bermula 25 hingga 26 September 2023,
Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi YBrs. Prof Madya Dr. Azidah Abu Ziden inisiatif pendidikan 5.0 merupakan satu usaha bersama kearah penggunaan teknologi baharu untuk proses pengajaran yang lebih humanis, dengan fokus kepada perkembangan sosial dan emosi serta penyelesaian yang meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

161023-03-03.jpg
"Inisiatif ini juga menitikberatkan penciptaan persekitaran pembelajaran yang dapat mengintegrasikan teknologi dengan baik kerana dunia pada hari ini sentiasa bergerak pantas." Beliau berucap ketika perasmian dan penutup IUCEL 2023.

161023-03-04.jpg
Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah, YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainudin, Timbalan Naib Canselor ( Akademik & Antarabangsa) Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, YBrs. Prof. Ir. Ts Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dan wakil-wakil dari Jabatan Pendidikan Tinggi.

161023-03-05.jpg
Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik UMK, Prof Madya Dr. Mohamad Najmi Masri berkata, melalui karnival ini UMK dapat berkongsi kepakaran dan idea komersial, kreatif dan inovatif selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

161023-03-06.jpg
IUCEL telah menjadi satu platform utama dalam mempromosikan aplikasi E-pembelajaran secara global oleh pelbagai institusi pengajian tempatan dan antarabangsa di samping meneroka inovasi dalam proses Pengajaran & Pembelajaran yang dipraktikkan secara berterusan oleh pelajar, penyelidik dan industri berkaitan.

161023-03-07.jpg

 
161023-03-08.jpg
 
 

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png6.png0.png
Today72
Yesterday316
This week72
This month8008
Total286160

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search