KEJAYAAN

Kejayaan

CMEOSH MENANG ANUGERAH KHAS CITRA GEMILANG 2022


KOTA BHARU 25 September 2023 I Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Citra Gemilang (AKCG) sempena Majlis Anugerah Bintang Naib Canselor 2022, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.
Anugerah ini merupakan anugerah diberikan kepada Bahagian/ Pusat Unit yang cemerlang dalam pengurusan belanja mengurus ABM, status pencapaian KPI dan juga penjanaan pendapatan kepada Universiti.

161023-04-02.jpg
Manakala Anugerah Khas Citra Gemilang Naib Canselor (Pentadbir Terbaik) bagi kategori Pengurusan dan Profesional (Akademik), dimenangi oleh Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti Universiti, Dr. Hasnita Binti Che Harun dan Kategori Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) diraih oleh Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMK, Encik Mohd Adzwan Kamaruzaman.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan diiringi oleh Ketua Pentadbir Pejabat Naib Canselor, En.Mohd Akhmal Bin Abu Bakar.

161023-04-03.jpg
Majlis Anugerah Bintang Naib Canselor 2022 dibahagikan kepada 20 kategori dan kaedah pemilihan dan penilaian penerima anugerah adalah melalui tiga (3) fasa iaitu pencalonan awal melalui ketua jabatan, seterusnya melalui semakan dan tapisan awal daripada Jawatankuasa Kriteria dan Pencalonan dan diakhiri dengan kelulusan Jawatankuasa Penilaian dan Pemilih.

161023-04-04.jpg
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, anugerah ini merupakan manifestasi penghargaan kepada warga Pejabat Naib Canselor dengan harapan kecemerlangan mutu kerja yang ditunjukkan dapat dijadikan inspirasi dan motivasi ke arah budaya kerja cemerlang dalam kalangan seluruh warga staf UMK.
Beliau berkata, anugerah ini adalah untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan staf Pejabat Naib Canselor dalam memastikan sasaran KPI Pusat/ Unit tercapai selari dengan visi dan misi UMK.

161023-04-05.jpg
“Allhamdullilah, anugerah yang diberi menjadi pemangkin kepada staf untuk terus meningkatkan prestasi mutu kerja dan seterusnya menyerlahkan potensi staf serta mewujudkan semangat daya saing yang sihat dalam kalangan staf Pejabat Naib Canselor dalam penghasilan kualiti kerja yang terbaik seterusnya mencapai matlamat Pusat Tanggungjawab (PTj),” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png4.png1.png0.png
Today322
Yesterday316
This week322
This month8258
Total286410

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search