KOTA BHARU 25 September 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Politeknik Caltex Riau (PCR) Indonesia hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi mewujudkan jaringan kerjasama akademik dan penyelidikan.
MoU ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan PCR diwakili oleh Pengarah PCR, Dr. Dadang Syarif Sihabuddin Sahid, di Ignite Venture Lab, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa.
Turut hadir, Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Prof. Dr. Balakrishnan Parasuraman dan Ketua Bahagian Sumber Manusia PCR, Pn Ruli Kusmawati.