KEJAYAAN

Kejayaan

UMK TERIMA ANUGERAH BEST TOURISM & HOSPITALITY EDUCATION PROGRAM DI WITA 2023


KUALA LUMPUR 16 September 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Hospitaliti, Pelancongan Dan Kesejahteraan (FHPK) menerima Anugerah Best Education Programme sempena Malam Anugerah Pelancongan Islam Sedunia (WITA 2023) yang berlangsung di Hotel Sunway Pyramid, Bandar Sunway, baru-baru ini.
Anugerah berprestij ini dianjurkan bagi mengiktiraf kejayaan pelbagai pemain dalam industri pelancongan Islam yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam mempromosikan pelancongan Islam.

161023-07-02.jpg
Menurut Dekan FHPK, Prof. Madya Dr. Roslizawati Che Aziz, FHPK telah terpilih untuk menerima pengiktirafan The Best Education Program dimana anugerah ini turut menerima pecalonan dari empat Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dalam kategori yang sama.
Katanya, WITA menawarkan lebih 20 anugerah dalam pelbagai kategori kepada individu dan pemain industri yang terlibat industri pelancongan Islam di rantau ini.
“Allhamdullilah, anugerah ini berjaya mengangkat nama FHPK sebagai fakulti perintis yang menawarkan program dalam dua mod berbeza iaitu conventional and apprentice 3u1i. Ini adalah untuk memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar dalam dunia industri selama setahun
“Anugerah ini membuktikan bahawa FHPK komited dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, kreatif dan inovatif.

161023-07-03.jpg

Kejayaan FHPK ini juga dilihat kepada penawaran program di FHPK berjaya mendapatkan kedudukan lima keatas bagi Program Paling Popular/ Paling ramai memohon melalui UPU untuk kemasukan pelajar baharu Sesi 2023/2024.
“FHPK telah berjaya menerima 3000 lebih permohonan bagaimanapun hanya mampu menawarkan 800 tempat sahaja kepada pelajar baharu berikutan dari kekangan ruang yang menghadkan pengambilan pelajar serta menjaga kualiti akademik,” katanya.

161023-07-04.jpg
Justeru, Prof. Madya Dr. Roslizawati berharap sokongan dan rangkaian hubungan bersama industri adalah strategi paling penting kepada fakulti.
“FHPK mahu memastikan kualiti pendidikan negara mampu dilestarikan dan anjakan paradigma dikalangan staf dan rakan industri dalam dipertingkatkan,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png6.png2.png
Today74
Yesterday316
This week74
This month8010
Total286162

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search