KEJAYAAN

Kejayaan

UMK TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA ANUGERAH GLOBAL AWARD FOR WORLD HERITAGE EDUCATION INNOVATIVE CASES (AWHEIC) DI RIYADH, ARAB SAUDI

RIYADH 19 September 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui UMK-Tropical Rainforest Research Centre (UMK-TRaCe), Fakulti Sains Bumi (FSB), mencipta sejarah apabila memenangi anugerah Global Award for World Heritage Education Innovative Cases (AWHEIC) bagi kategori Star of Outstanding di Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini.

161023-08-02.jpg
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Suruhanjaya China UNESCO, Mr. Ying Chui kepada Dekan FSB, Prof.Madya Ts. Dr. Mohamad Faiz Mohd Amin bersempena Program UNESCO Extended 45th Session of The World Heritage Committee.
Turut hadir, Pengarah UMK-Trace, Dr. Muhammad Firdaus Abdul Karim.
Menurut Prof. Madya Dr. Mohamad Faiz, pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini adalah hasil dari penganjuran Program UNESCO World Heritage Volunteer (WHV) yang diadakan di Tasik Banding, Gerik, Perak, pada tahun 2022, telah menerima pencapaian yang luar biasa khususnya dalam kempen pemulilharaan dan kelestarian alam sekitar di kawasan hutan simpan Belum.

161023-08-03.jpg
“Penganjuran WHV 2022 yang diketuai oleh Prof.Madya Ts. Dr. Mohamad Faiz, Dr. Muhammad Firdaus dan Dr. Noor Jannatun Naim Jamali telah mendapat sokongan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah serta warga Fakulti Sains Bumi.
“Pencapaian ini cukup luar biasa kerana kerana buat pertama kali Malaysia menerima pengiktirafan ini dan dijemput untuk memberikan perkongsian berkenaan dengan projek UMK-TRaCe pada sesi perkongsian Kes Inovatif Pendidikan Warisan Dunia Terkemuka Global yang dianjurkan oleh UNESCO,” katanya.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada EMKAY Group, Pulau Banding Foundation, Belum Rainforest Management khususnya Allahyarham Tan Sri Dato’ Mustapha Kamal, Prof Emeritus Dr. Abdul Latif, Dato’ Hjh Fazwinna dan Tn. Hj Azmil Khuzaid diatas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan.

161023-08-04.jpg
Projek WHV 2022 turut disokong rakan penaja (Yayasan Hasanah, Geotechnica Sdn. Bhd., SPRITZER, SureChem Sdn. Bhd., Brainius Gallery) dan rakan strategik (EMKAY Group, Belum Rainforest Resort, Pejabat Daerah & Tanah Hulu Perak, Majlis Daerah Gerik, Majlis Daerah Lenggong, Perbadanan Taman Negeri Perak, Bahagian Warisan Dunia, Jabatan Warisan Negara, Pejabat UNESCO Jakarta, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perikanan, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, RIMAU, Tropical Rainforest Conservation & Research Center dan Malaysian Nature Society).
Sementara itu, Dr. Muhammad Firdaus memaklumkan kriteria utama bagi kategori Star of Outstanding adalah projek-projek Pendidikan Warisan Dunia yang dijalankan mestilah memiliki elemen contoh yang boleh dipelajari dan diaplikasi di seluruh dunia bagi menjaga warisan-warisan dunia.
Katanya, terdapat tiga kategori anugerah iaitu Star of Outstanding (merupakan anugerah tertinggi), Star of Discovery dan Star of Future.
“Program WHV2022 ini adalah satu daripada lapan projek di Asia. Dan satunya mewakili Malaysia yang dilaksanakan oleh UMK-TRaCe dalam usaha untuk menyokong Perbadanan Taman Negeri Perak bagi Hutan Simpan Royal Belum di Pulau Banding, Gerik, Perak.
“Inisiatif WHV ini adalah kali pertama dianjurkan untuk Hutan Simpan Royal Belum dan mendapat sambutan kerjasama yang baik daripada semua pihak,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png8.png8.png
Today200
Yesterday316
This week200
This month8136
Total286288

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search