KEJAYAAN

Kejayaan

UMK METERAI MOU DENGAN LIMA INDUSTRI, JAMIN KEBOLEHPASARAN GRADUAN & PEMBANGUNAN PROFESIONAL PENDIDIKAN PERAKAUNAN


KOTA BHARU 30 Oktober 2023 I Dalam usaha melahirkan lebih ramai profesional perakaunan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan empat industri lain iaitu Yayasan Peneraju, Tymba Education Group, Malaysia Professional Accountancy Centre (MYPAC) dan Autocount Sdn. Bhd.

261123-03-02.jpg
Kerjasama dengan kelima-lima industri ini sebagai komitmen tinggi UMK terhadap pembangunan pendidikan perakaunan di universiti tersebut.
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, MoU ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara UMK dan lima industri untuk promosi dan kolaborasi dalam bidang pendidikan perakaunan.
Katanya, menerusi kerjasama UMK dan industri ini secara tidak langsung dapat membantu para pelajar UMK khususnya dari segi pengajian profesional perakaunan dan sumber pembiayaan.

261123-03-03.jpg
“Kerjasama ini juga untuk program bantuan tuisyen bagi persediaan peperiksaan kertas profesional perakaunan dan juga pendedahan kepada persijilan perakaunan berkomputer yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Komitmen ini bertujuan untuk memastikan pelajar UMK mendapat pendidikan dan pendedahan industri yang terbaik, serta berpeluang untuk membina hubungan profesional.

261123-03-04.jpg
“Saya percaya bahawa kerjasama ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kerelevanan pelajar dalam pasaran pekerjaan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelajar selepas tamat pengajian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani MoU antara UMK dan pihak industri, di Bilik Mesyuarat Lembaga Senat, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini.

261123-03-05.jpg
MoU ditandatangani oleh Prof. Dr. Razli manakala ACCA diwakili oleh Ketua Portfolio, ACCA Maritim Asia Tenggara, Andrew Lim,
Memangku Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Dr. Amina Josetta, Ketua Pegawai Eksekutif Tymba Education Group, En. Airil Razali, Ketua Pegawai Eksekutif MyPAC, Dato’ Zaiton Mohd Hassan dan Eksekutif Kanan Autocount Sdn. Bhd., En. Nazzel Maznor Tohar.

261123-03-06.jpg
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Prof. Madya Dr. Zailani Abdullah dan Kordinator Program Perakaunan FKP, Dr. Mohd Rushdan Bin Yasoa'.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, pada masa ini UMK memiliki seramai 216 pelajar perakaunan yang aktif dan mereka ini akan mendapat manfaat daripada hubungan kerjasama dengan lima industri ini.

261123-03-07.jpg
Katanya, dengan peningkatan dalam pengambilan pelajar baharu khususnya dalam program perakaunan pada sesi 2023/2024 memberikan petanda positif bahawa tawaran program perakaunan di UMK semakin mendapat pengiktirafan dalam pasaran.
“Justeru, kita akan bersama-sama memastikan program dan sukatan pelajaran adalah sejajar dengan keperluan industri, baik di peringkat nasional dan antarabangsa.
“Dengan insiatif kerjasama MoU ini dapat menyumbang kepada usaha menangani keperluan negara kita untuk melahirkan lebih ramai akauntan profesional pada masa depan,” katanya.

261123-03-08.jpg
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Zailani berkata, kerjasama ini dapat meningkatkan hubungan berterusan dengan pihak ACCA khususnya berkaitan dengan akreditasi pengajian perakaunan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Untuk sumber pembiayaan pengajian, pelajar boleh memohon permohonan melalui Yayasan Peneraju dan MyPac adalah elemen yang cukup penting bagi menggalakkan pelajar untuk terus bermotivasi melengkapkan kesemua empat kertas profesional strategik perakaunan ACCA."
“Bantuan dan sokongan daripada pihak Tymba dalam bentuk kelas tuisyen juga tidak kurang pentingnya bagi memastikan para pelajar lulus dalam semua kertas profesional tersebut dengan jayanya.

“Selain itu, Autocount amat penting bagi semua pensyarah dan pelajar perakaunan dengan sentiasa memperbaharui kemahiran aplikasi teknologi perisian perakaunan terkini,” katanya.

261123-03-09.jpg

 
261123-03-010.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png4.png1.png8.png
Today330
Yesterday316
This week330
This month8266
Total286418

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search