KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN SKYLINE UNIVERSITY COLLEGE DI DUBAI JALIN KERJASAMA STRATEGIK

DUBAI, 27 Oktober 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melebarkan sayap di Timur Tengah dengan menandatangani surat niat (LoI) dengan sebuah universiti terkemuka di UAE iaitu Skyline Universiti College, City Universiti of Sharjahdi Dubai untuk kerjasama akademik dan penyelidikan di peringkat antarabangsa.

261123-04-02.jpg

Majlis menandatangani LoI itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UMK, Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Naib Canselor SUC, Prof. Mohammad In' Airat, di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.

Turut hadir, Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Prof. Madya Dr. Roslizawati Che Aziz, Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd Fadly Amri Aliaman dan Pengarah Education Malaysia Dubai, En. Ahmaf Razaly Abdul Rahim.

261123-04-03.jpg

Menurut Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran, dalam tempoh terdekat UMK dan SUC akan meneruskan agenda kerjasama untuk perkongsian kepakaran masing-masing dalam beberapa bidang akademik serta bidang penyelidikan yang dimeterai.

Beliau berharap dengan lawatan kerja ini UMK dapat meneroka lebih banyak peluang kerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi dan industri yang berpotensi untuk masa depan.

261123-04-05.jpg

“SUC merupakan antara universiti tertua di Dubai yang turut menjalinkan kolaborasi dengan tujuh buah universiti di Malaysia.

“Melalui perbincangan yang telah diadakan melalui tiga elemen utama iaitu akademik, penyelidikan dan program mobiliti pelajar dan staf.

“Kerjasama ini juga adalah bagi menyahut aspirasi KPT dalam menyediakan graduan universiti dengan gaji premium (Premium Salary),” katanya.

261123-04-06.jpg

Sementaraitu, Prof. Madya Dr. Roslizawati berkata, delegasi UMK juga turut berpeluang bertemu dan berbincang dengan pihak Konsulat General Malaysia di Dubai, Education Malaysia Dubai, Pejabat Tourism Malaysia Dubai serta beberapa rakan industri dalam bidang perhotelan dan pelancongan.

Katanya, lawatan kerja ini juga untuk mencari potensi peluang kepada pelajar FHPK khasnya untuk mengikut International Apprenticeship Programme 2024 dalam tempoh empat hingga 12 bulan di Dubai.

261123-04-07.jpg

“Beberapa potensi hotel telah dikenalpasti untuk menempatkan pelajar bagi program tersebut antaranya Sheraton Grand Hotel dan Double Tree Hilton Dubai.

“Insya-Allah, dengan kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang dan ruang kepada staf dan pelajar untuk mengikuti program sedemikian,” katanya.

261123-04-08.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png8.png0.png
Today292
Yesterday316
This week292
This month8228
Total286380

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search