KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN MBOT JALIN KERJASAMA

 
PUTRAJAYA 17 Oktober 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk kerjasama dalam melahirkan lebih ramai graduan yang profesional dalam bidang Teknologis dan Juruteknik.
Majlis pertukaran MOU kedua-dua pihak ini telah diadakan di Pulse Grande Hotel Putrajaya, hari ini, bersempena dengan MBOT Technology and Technical Education Townhall 2023.

261123-08-01.jpg

 

Majlis Pertukaran MOU telah disempurnakan oleh Presiden Lembaga Teknologis Malaysia, Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) UMK, Prof. Madya Dr. Noorul Azwin Md Nasir.
Menurut Prof. Madya Dr. Noorul Azwin, sebanyak lapan program akademik telah mendapat pengiktirafan badan profesional MBOT dan terdapat 4713 orang pelajar aktif dari lapan program akademik tersebut.

261123-08-02.jpg
Katanya, jumlah pelajar dijangka akan terus bertambah apabila tiga lagi program akademik telah mendapat status akreditasi sementara daripada MBOT pada tahun ini.
“Selain itu, seramai 69 orang staf UMK telah diperakukan sebagai Teknologis Profesional dengan memakai gelaran Ts.
“MBOT merupakan sebuah badan profesional di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), yang ditubuhkan dengan matlamat untuk mengiktiraf profesion Teknologis dan Juruteknik sebagai profesion ikhtisas di Malaysia.

261123-08-03.jpg
“MBOT mempunyai 75,813 orang ahli berdaftar dan 90 rakan strategik dalam usaha negara untuk memperkasakan bakat-bakat teknologi dan teknikal,” katanya.
Sementara itu, MBOT telah mengakreditasi hampir 700 program teknologi dan teknikal di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Sarjana Muda di peringkat institusi pengajian di Malaysia.
Selain UMK, turut berlangsung Majlis Pertukaran MOU antara MBOT dan 19 buah institusi lain.

261123-08-04.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png4.png4.png
Today256
Yesterday316
This week256
This month8192
Total286344

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search