KEJAYAAN

Kejayaan

3,121 PELAJAR BAHARU MELANJUTKAN PENGAJIAN SESI 2023/2024 DI UMK

BACHOK 1 Oktober 2023 I Seramai 3,121 (sehingga jam 4 petang) pelajar baharu mendaftar bagi sesi akademik 2023/2024 di ketiga-tiga kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hari ini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 948 orang pelajar lelaki manakala seramai 2,173 orang pelajar wanita telah mendaftar masuk untuk melanjutkan pengajian di universiti itu.
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, berkata, UMK menyasarkan menerima 3000 lebih kemasukan pelajar sesi akademik 2023/2024 bagi ketiga-tiga kampus iaitu Bachok, Jeli dan Kota Bharu pada hari ini.

231123-12-02.jpg
Katanya, proses pendaftaran berjalan lancar hari ini dan pihak UMK menerima maklum balas yang positif dari ahli keluarga pelajar yang teruja melihat anak-anak berjaya menyambung pengajian di sini.
“Jumlah kemasukan pelajar dijangka menunjukkan peningkatan berikutan proses pendaftaran pelajar masih berlangsung dan kaunter pendaftaran akan di buka sehingga malam bagi memudahkan urusan pelajar yang tinggal jauh dari Kelantan.

231123-12-03.jpg
"Pelajar baharu akan menjalani Minggu Mesra Mahasiswa (3M) bermula esok hingga 4 Oktober 2023. UMK juga telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan sebagai inisiatif pihak universiti untuk pelajar yang tidak berkemampuan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyatuni pelajar baharu termasuk pelajar kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dan keluarga B40 di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

231123-12-05.jpg
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Hj Zaluzi Bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran Nik Muhammad.231123-12-09.jpg

231123-12-10.jpg

231123-12-11.jpg

231123-12-08.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png4.png2.png
Today254
Yesterday316
This week254
This month8190
Total286342

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search