KEJAYAAN

Kejayaan

ANUGERAH INDUSTRI DAN AKADEMIA (INARA) 2023 RAI SUMBANGAN AHLI AKADEMIK DAN RAKAN INDUSTRI UMK

KOTA BHARU 25 November 2023 I Kelestarian jaringan kerjasama universiti dan industri menjadi keutamaan kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi memastikan kedua-dua entiti ini berupaya menggembleng seluruh warga universiti untuk mencipta transformasi.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata ibarat air dicincang tidak akan putus begitulah pentingnya jaringan dan kerjasama erat di antara pihak universiti dan industri.

020124-01-02.jpg
Katanya, dalam konteks pendidikan tinggi, hasrat kerajaan diseru agar dapat mencetuskan inspirasi bersabit konsep kerjasama strategik di antara pihak universiti, industri dan komuniti agar dapat menggembleng seluruh warga universiti untuk mencipta transformasi.
Justeru, penganjuran Malam Anugerah Industri dan Akademia 2023 (INARA) diadakan untuk mengiktiraf kecemerlangan semua pihak dalam mengangkat martabat dan kualiti akademik serta menyanjungi kejayaan pihak industri dalam bidang perniagaan masing-masing serta kerjasama yang diberikan kepada pihak UMK dalam pelbagai aspek.

020124-01-03.jpg
“Ini sekaligus dapat dilihat sebagai satu platform untuk semua pihak berkumpul dan berkongsi kejayaan masing-masing dalam mengharumkan nama UMK dan rakan industri.
“Saya difahamkan, terdapat 16 anugerah industri dan enam anugerah akademik utama bagi menghargai jasa dan sumbangan pensyarah FHPK pada malam ini,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup International Conference & Exhibition (ICE 2023), di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan, pada 25 November 2023.
Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan Dekan FHPK, Prof. Madya Dr. Roslizawati Che Aziz.

020124-01-04.jpg
Menurut Prof. Madya Dr. Roslizawati, INARA 2023 adalah majlis penghargaan kepada warga akademia, fakulti serta rakan-rakan industri yang telah banyak menyumbang dan menyokong kepada penganjuran program ICE 2023.
Beliau berkata, terdapat 30 anugerah yang terdiri daripada tiga jenis kategori penghargaan kepada rakan-rakan industri dan akademia yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
“Bagi kategori Sijil Kecemerlangan Fakulti ini diberikan kepada staf FHPK yang telah menyumbang kejayaan di peringkat antarabangsa serta projek yang berimpak tinggi. Penghargaan Ini diberikan kepada 10 orang staf bagi kategori individu dan 10 projek bagi kategori berkumpulan".

020124-01-05.jpg
Tambah Prof. Madya Dr. Roslizawati, bagi kategori Anugerah Kecemerlangan Akademia jugak diberi berdasarkan pencapaian individu sepanjang tahun 2023.
Sebanyak enam kategori disediakan dan penerima akan menerima Sijil, Plaque, bunga Dan voucher spa bernilai RM100.
Anugerah Ini dimenangi oleh Pn. Hazra Nazrena Che Harun (Anugerah Pelaksana Cemerlang), Dr Nik Alif Amri Nik Hashim (Anugerah Penyelidikan dan Inovasi Cemerlang), Nur Farihin Abdul Hadi Khan (Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang), Dr. Norsyamlina Che Abdul Rahim (Anugerah Keusahawanan Cemerlang), Dr. Nor Syuhada Zulkefli (Anugerah Akademia Harapan) dan Dr. Nurul Hafizah Mohd Yasin (Anugerah Akademia Cemerlang).

020124-01-06.jpg
Sementara itu, bagi penyampaian Anugerah Kecemerlangan Industri pula dinilai berdasarkan kriteria seperti rating pelanggan atas talian, tahap populariti dan pencapaian semasa.
Sebanyak 16 kategori anugerah diberikan kepada rakan- rakan industri di atas pencapaian cemerlang mereka sepanjang berkecimpung dalam perniagaan masing-masing.
Melalui majlis INARA 2023, semua penerima anugerah ni akan menerima sijil, plaque, bunga dan Sijil Penghargaan Rakan Strategik FHPK.

020124-01-07.jpg
Bagi kategori Popular Local Food Restaurant dimenangi oleh Restoran Nasi Ulam Cikgu, Most Preffered Caterer (WMA Indah Enterprise), Most Creative Wellness Centre (My Love Beauty & Wellness), Most Creative Beauty Centre (Sundanese Spa Beauty Centre & Academy) dan Popular Boutique Hotel (Ridel Boutique Hotel).
“Turut memenangi anugerah industri ialah Most Popular Local Tik Tokers (Beemat Ngepek), Most Popular Emcee (Ezah Basary), Best View Hotel (Grand Riverview Hotel dan Grand Renai Hotel), Most Preferred Travel Magazine (Santai Travel), Most Popular Pharmaceutical Company (Imedikel Pharma Holding Berhad) dan The Best Muslimah Friendly Spa (Roseville Therapy Centre & Spa).

020124-01-08.jpg
“Selain itu, anugerah The Best City Hotel (Perdana Hotel Kota Bharu), Most Popular Hijab Brand (As Galleria by Bawal Exclusive), The Best Event Management Company (Tun Event Management) dan Nasi Kukus Warisan dinobatkan sebagai ‘The Best Nasi Kukus In Town”, katanya.

 

020124-01-09.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png1.png5.png
Today127
Yesterday316
This week127
This month8063
Total286215

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search