KEJAYAAN

Kejayaan

TUNJUK KELAINAN KONGSI KEGEMBIRAAN & KASIH SAYANG BAPA UNTUK TERSAYANG PADA HARI KONVOKESYEN


BACHOK 7 November 2023 I Seorang bapa, John Ngau, 56, dari Miri, Sarawak meraih perhatian para hadirin pada Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kali Ke-13 baru-baru ini apabila mengenakan pakaian tradisi Orang Ulu Suku Kaum Kayan untuk meraikan hari konvokesyen anaknya, Christie Uyang John, 24.
Beliau dan isterinya, Margret Ngau, 49, ternyata mahu berkongsi keterujaan bagi meraikan hari bersejarah buat anak sulungnya itu dengan membawa imej orang Sarawak yang unik dari suku etnik Orang Ulu, Kaum Kayan yang terkenal di Sarawak.
Christie Uyang John, merupakan graduan dari program Teknologi Pembangunan Produk (SBP), Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), UMK Kampus Jeli, terharu dengan kejutan dari kedua-dua orang tuanya itu.

021224-05-01.jpg
Demi anak tercinta, mereka sanggup berbelanja hadir RM1,000.00 untuk set pakaian etnik ini.
Christie terharu dengan kejutan tiba-tiba oleh bapanya, kerana benarlah kata orang cara ayah tunjuk kasihnya berbeza dengan ibu, walaupun jarang berkongsi tapi ayah sentiasa bersama kita.
Saya terharu kerana ayah yang telah banyak berkorban untuk keluarga selama ini.
Katanya, pakaian tradisi ini telah pun dimodenkan untuk disesuaikan dimana-mana majlis keraian atau rasmi serta sambutan perayaan.
Menurut Christie set pakaian bapanya bermula dengan vest corak sulam orang Ulu Kayan/Kenyah lelaki (RM180), topi lelaki satu set dengan bulu burung Kenyalang (RM180).
Manakala, set pakaian ibunya adalah untuk set aksesori rantai manik wanita (RM70), selempang manik wanita (RM380), topi perhiasan kepala wanita (RM60).

021224-05-03.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png9.png9.png
Today311
Yesterday316
This week311
This month8247
Total286399

Who Is Online

4
Online

2024-04-29

Search