KEJAYAAN

Kejayaan

TEROKA KERJASAMA AKADEMIA, INDUSTRI & MASYARAKAT DI PERINGKAT ANTARABANGSA – YBM TENGKU PRO-CANSELOR UMK


BACHOK 5 November 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu kerberanian meneroka peluang kerjasama antara entiti akademia, pihak industri dan masyarakat di peringkat antarabangsa dan bukan sekadar memberi tumpuan kepada kerjasama di peringkat nasional sahaja.
Tengku Temenggong Kelantan selaku Tengku Pro-Canselor UMK, Yang Berhormat Mulia (YBM), Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizan Tengku Abdul Aziz berkata, UMK perlu berani meneroka peluang kerjasama di peringkat antarabangsa termasuk dalam aspek pengambilan pelajar dan staf.
Justeru, agenda pengantarabangsaan perlu dipergiatkan dan diperluaskan sebaik mungkin. Selain itu, universiti juga harus memberikan fokus kepada jaminan kualiti akademik dan akreditasi yang perlu dimantapkan berdasarkan kepada perkembangan pendidikan tinggi dan tuntutan keperluan masa kini.

021224-08-02.jpg
"Dalam usaha mengejar kecemerlangan, Universiti juga memerlukan program penanda aras (benchmarking)," kata beliau pada sidang kedua dan ketiga Istiadat Konvokesyen UMK Kali 13, di Dewan Tuanku Canselor (DTC), hari ini.
Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah.

021224-08-03.jpg
Menurut YBM Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizan, UMK juga perlu menyediakan kemudahan infrastuktur yang kondusif dan berkualiti kepada para mahasiswa contohnya disegerakan penyiapan asrama kediaman pelajar dalam kampus.
“Begitu juga dengan kemudahan infostruktur seperti capaian internet dan sistem pembelajaran dalam talian. Semua itu sebagai asas yang penting untuk menarik minat bakal pelajar supaya memilih UMK sebagai destinasi pengajian mereka.
“Justeru, dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan, UMK menuntut komitmen dan kesungguhan setiap lapisan warga universiti dan rakan strategik. Saya yakin, melalui sinergisme antara semua pihak berupaya memacu kejayaan visi dan misi UMK,” jelas beliau.

021224-08-04.jpg
Sementara itu, YBM Tengku Pro-Canselor turut menzahirkan tahniah kepada para graduan yang telah menerima pelbagai anugerah kecermerlangan pada Istiadat Konvokesyen pada hari ini.
“Anugerah tersebut dapat menjadi suntikan semangat dan motivasi untuk terus mengukir kejayaan dan jangan lupa untuk manfaatkan kembali ilmu dan kepakaran kepada nusa dan bangsa.
“Saya percaya pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan telah pun anda perolehi sepanjang tempoh pengajian di UMK ini. Semoga kenangan dan pengalaman itu dapat mematangkan diri dan juga cara fikir anda dalam menghadapi realiti dunia yang sebenar,” katanya.

021224-08-05.jpg

 
021224-08-06.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png8.png5.png
Today297
Yesterday316
This week297
This month8233
Total286385

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search