KEJAYAAN

Kejayaan

FTKW & DONGSEO UNIVERSITI KOREA ANJUR BENGKEL PROJEK REKABENTUK


KOTA BHARU 14 Januari 2024 I Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) melalui Jabatan Teknologi Kreatif dan Jabatan Rekabentuk Dongseo University (DSU) Busan, Korea telah menganjurkan program Introduction to Regional Regeneration Project and Service Design, bertempat di Ignite Venture Lab (IVL), UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 13 hingga 14 Januari 2024.

230124-01-02.jpg
Bengkel yang berlangsung dua hari itu adalah platform perkongsian ilmu dan kepakaran kedua-dua universiti untuk membincangkan projek rekabentuk kerjasama dan mengenal pasti potensi serta jurang pengetahuan dari segi reka bentuk yang boleh diterokai bagi kedua-dua universiti.
Delegasi DSU seramai 10 orang diketuai oleh Profesor Dr. Lee Sungpil manakala UMK diwakili oleh 10 orang pelajar termasuk pensyarah Jabatan Rekabentuk Teknologi Kreatif, FTKW.

230124-01-03.jpg
Diharapkan kerjasama ini akan terus lebih menyemarakkan budaya pertukaran ilmu daya cipta dan kreativiti yang merentas sempadan budaya dan geografi serta merancakkan lagi program pengantarabangsaan dan mobiliti warga UMK.

230124-01-04.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png7.png3.png
Today85
Yesterday316
This week85
This month8021
Total286173

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search