KEJAYAAN

Kejayaan

UMK SAHUT LIMA INSIATIF UTAMA DAN 20 ASPIRASI KPT KE ARAH PENINGKATAN PRESTASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TINGGI NEGARA


KOTA BHARU 12 Januari 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyahut aspirasi yang digariskan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, dan akan diterapkan menerusi pelan tindakan UMK pada tahun ini bagi mencapai hasrat yang telah digariskan.
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, dasar yang diaspirasikan oleh KPT ini selari dengan pelan tindakan UMK khususnya dalam usaha meningkatkan prestasi kecemerlangan pendidikan tinggi.

230124-02-02.jpg
Beliau berkata, ini kerana IPT menjadi penggerak utama pelaksanaan lima fokus dan 20 landasan yang selari dengan matlamat serta hasrat yang dirangkumkan dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Malaysia 2023-2025 yang diumumkan hari ini.
“Saya percaya dan yakin dengan visi dan misi YBM Menteri turut disambut oleh semua warga IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti untuk gemilangkan wibawa pendidikan tinggi negara dengan semangat kerja berpasukan dan prestasi kerja yang cemerlang.

230124-02-03.jpg
“Insya-Allah, aspirasi hala tuju ini menjadi pemangkin kepada kebolehcapaian objektif-objektif yang disasarkan iaitu Penyediaan Bakat Terbaik Negara, Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi, Pelaksanaan Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu, Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi dan Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya.

230124-02-04.jpg
“Selain itu, KPT juga menggariskan 20 catatan keprihatinan, yang dirumuskan sebagai 20 landasan, hasil interaksi, perbincangan, dan diskusi dengan pelbagai pihak, yang pastinya menuju ke arah peningkatan prestasi kecemerlangan pendidikan tinggi negara,” katanya selepas menghadiri sesi amanat YBM Menteri KPT sempena Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2024, yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya (UM), hari ini.

230124-02-05.jpg
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Ahli Lembaga Pengarah UMK.
Sementara itu, seramai 250 mahasiswa UMK dan staf hadir mengikuti siaran langsung majlis tersebut di Dewan Eksperimental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini.

230124-02-06.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png1.png7.png
Today129
Yesterday316
This week129
This month8065
Total286217

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search