KEJAYAAN

Kejayaan

UMK TUBUHKAN UNIT KEUSAHAWANAN DAN KEPIMPINAN HIJAU MELALUI PROJEK ANGEL


KOTA BHARU 9 Januari 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Asean Network for Green Entrepeneurship and Leadership (ANGEL) kini sedang giat membangunkan projek keusahawanan dan kepimpinan hijau dengan menjadikan lima modul utama sebagai teras utama untuk menggalakkan aktiviti keusahawanan yang memberi fokus kepada penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar serta kelestarian bumi.

230124-03-01.jpg
Ketua Projek Erasmus + CBHE Angle UMK, Prof. Madya Dr. Noorshella Che Nawi berkata, lima modul utama yang akan diberi tumpuan iaitu Memahami Komponen dan Cabaran Perniagaan Hijau, Pengenalan kepada Keusahawanan Hijau dan Kemampanan, Asas Kewangan Hijau Mampan, Produk Pembiayaan Hijau serta Pemasaran dalam Hijau Perniagaan.
Beliau berkata, lima modul utama ini dirangka adalah untuk menggalakkan keusahawanan hijau yang secara tidak langsung membuka peluang untuk potensi pertumbuhan ekonomi serta menyumbang ke arah penyelesaian isu dan cabaran berkaitan dengan kemiskinan, kualiti pekerjaan yang rendah dan jurang digital dan kepimpinan.

230124-03-02.jpg
“Dalam usaha mempergiatkan lagi mempromosikan dan memberi kesedaran serta penyampaian maklumat berkaitan dengan projek ANGEL turut berlangsung dua program iaitu Program ANGEL Info Day (9 Januari 2024) dan ANGEL National Conference 2024 (22-23 Januari 2024).
“Program ini mampu meningkatkan lagi kesedaran komuniti setempat termasuk pelajar dan ahli akademik serta industri berkaitan dengan keusahawanan dan kepimpinan hijau,” katanya pada Majlis Penutup Program ANGEL Info Day 2024, di ANGEL Innovate Unit, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Menurut Prof. Madya Dr. Noorshella, penganjuran kedua-dua program ini memberikan manfaat yang besar bagi pelajar serta membantu mempromosikan kesedaran tentang keusahawanan hijau.

230124-03-04.jpg
“Penganjuran program ini juga adalah langkah awal untuk mewujudkan contoh-contoh model projek bagi membiasakan pensyarah dan pelajar dengan program-program sukarelawan yang memupuk semangat kelestarian dan memberi sumbangan kepada masyarakat yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti persekitaran.
“Selain itu, pendedahan kepada generasi muda tentang program seperti ini yang melestarikan bumi, pelajar juga mendapat pengalaman dengan mempelajari cara menjaga dan menanam tanaman dengan kaedah yang berkesan dan mampu untuk menjaga bumi daripada sebarang kerosakan pada masa akan datang,” katanya.
Tambahnya, UMK telah menerima satu geran antarabangsa iaitu Geran Erasmus Capacity Building for Higher Education (Erasmus+ CBHE) yang memfokuskan kepada negara-negara Asean dalam penyampaian ilmu berkaitan keusahawanan dan kepimpinan hijau pada 15 Januari 2021.
“Terdapat 11 universiti Asean terlibat dalam projek ini termasuklah UMK melalui platform ANGEL yang berusaha untuk membantu memupuk kapasiti yang diperlukan dalam keusahawanan hijau dan inovasi dengan sokongan daripada negara Greece and Cyprus.
Sempena Program ANGEL Info Day turut diadakan sesi taklimat oleh Pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kassim bertajuk “How to Win Green Business Pitching and Innovation Compettion
Turut berlangsung, ANGEL 3R Competition dan Games yang disertai oleh pelajar, usahawan dan komuniti setempat.

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png1.png5.png
Today227
Yesterday316
This week227
This month8163
Total286315

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search