KEJAYAAN

Kejayaan

UMK TAWAR PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI TENAGA BERMULA SEPTEMBER 2024


JELI 8 Januari 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Biokejuruteraan dam Teknologi (FBKT) akan menawarkan program baharu Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Teknologi Tenaga.

040224-03-04.jpg
Timbalan Dekan Akademik (FBKT), Ts. Dr. Ainihayati Abdul Rahim berkata, penawaran program baharu itu dijangka bermula pada Semester September Sesi 2024/2025.
Beliau berkata, program ini dijalankan dengan mod pengajian secara mod kerja kursus dan mod industri serta tempoh pengajian adalah 3.5 tahun.

040224-03-05.jpg
“Pihak Fakulti juga di dalam perancangan untuk menawarkan Kursus Energy Literacy sebagai elektif bebas yang akan ditawarkan kepada pelajar FBKT dan merentasi fakulti.
“UMK adalah universiti awam pertama di Kelantan yang menawarkan program ini khususnya berkaitan peralihan tenaga, kecekapan tenaga, literasi pengguna dan keselamatan,” katanya pada perasmian Seminar Malaysia Energy Literacy Programme (MELP) 2024 anjuran FBKT dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), di Dewan Utama, UMK Kampus Jeli, Kelantan, hari ini.

040224-03-06.jpg

040224-03-07.jpg
Seminar yang dihadiri 200 pelajar FBKT dan Fakulti Sains BUMI (FSB) ini diadakan bersempena Technoinnovation Expo 2024 (TIE 2024).
Turut hadir, Pengurus Besar TNB Kelantan, En. Muhammad Azli Ab Rahim, Pengurus Stesen Janakuasa Pergau Jeli, Ir. Ts. Mohd Nasron Embong, Wakil Ketua Retail TNB Negeri Kelantan, En Muhammad Haslan Ismail dan Penyelaras Program Teknologi Tenaga, Dr. Nik Nurul Anis Nik Yussof.

040224-03-09.jpg
Menurut Ts. Dr. Ainihayati, penawaran program baharu ini dapat juga membantu peningkatan penyelidikan dan pembangunan mengenai peralihan tenaga dengan paparan peralihan tenaga dan hala tuju kelestarian, kecekapan tenaga serta tenaga boleh diperbaharui.
Katanya, selain itu disamping pengunaan ekosistem kenderaan elektrik dan peralihan tenaga ini akan memesatkan lagi tranformasi digital untuk menerapkan gaya hidup yang mampan serta pintar.

040224-03-10.jpg
“UMK dan FBKT khususnya akan menjadi hub rujukan utama dalam bidang teknologi tenaga memadangkan program ini memfokuskan kepada tiga tujahan iaitu pengurusan tenaga, TBB, dan teknologi penukaran tenaga berteraskan teknopreneur untuk penjanaan ekonomi negara,” katanya.

040224-03-11.jpg

 
040224-03-12.jpg
 
040224-03-03.jpg
 
040224-03-01.jpg
 
 
 

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png6.png5.png
Today77
Yesterday316
This week77
This month8013
Total286165

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search