KEJAYAAN

Kejayaan

HALA TUJU DAN KEBERHASILAN UTAMA UNIVERSITI AGENDA UTAMA RETREAT PENGURUSAN UMK 2024

KUALA TERENGGANU 1 Februari 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan memberi keutamaan kepada agenda Hala Tuju dan Keberhasilan Utama UMK pada tahun 2024 selari dengan Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir.

180324-01-02.jpg
Keutamaan ini juga adalah hasil garapan intipati serta hasrat daripada Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan pada Majlis Aspirasi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti yang telah berlangsung pada 25 Januari lalu.
Agenda tersebut telah diterjemahkan pada program Retreat Pengurusan UMK 2024 yang telah diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu pada 30 Januari hingga 1 Februari 2024.
Dalam bengkel tersebut, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak menekankan bahawa titik kebersamaan dalam pengurusan merupakan kunci utama kejayaan dalam mencapai matlamat bersama.

180324-01-03.jpg
Katanya, kerjasama dan saling mendukung antara satu sama lain adalah proses pengurusan untuk universiti bergerak dengan lebih efisien dan efektif.
“Selain itu, UMK mengambil langkah proaktif dalam menjana pendapatan universiti yang melibatkan strategi seperti meningkatkan penggunaan sumber universiti, membangunkan program perkongsian, dan mengeksploitasi peluang penyelidikan dan inovasi untuk menjana dana tambahan.

180324-01-04.jpg
“Dengan pendekatan itu, secara tidak langsung dapat membantu universiti menjadi lebih baik dari segi kewangan,” katanya.
Sementara itu, beliau berharap retreat kali ini adalah platform terbaik untuk memperkuat hubungan antara pengurusan kanan dan meningkatkan semangat kerja berpasukan selain menjadi medan perkongsian idea, membangun kepercayaan, dan merancang strategi masa depan universiti secara bersama.

180324-01-05.jpg
Retreat pada kali ini telah diketuai oleh Pusat Strategik dan Pengurusan Risiko dengan penglibatan bersama daripada pihak Pengurusan Tertinggi Universiti dan Dekan-Dekan Fakulti serta Ketua-Ketua Pusat Tanggung jawab.

180324-01-06.jpg

180324-01-07.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png6.png4.png
Today76
Yesterday316
This week76
This month8012
Total286164

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search