KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN TERMEZ STATE PEDAGOGICAL INSTITUTE, UZBEKISTAN JALIN KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN


BACHOK 8 Februari 2024 I Universiti Malaysia Kelantan melalui Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) dan Termez State Pedagogical Institute , Republik Uzbekistan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama akademik dan penyelidikan, di Bangunan FBI, UMK Bachok, Kelantan, hari ini.

180324-03-02.jpg
MoU itu bertujuan untuk membangunkan kerjasama pendidikan, penyelidikan dan teknologi antara UMK dan universiti terbaik di Republik Uzbekistan.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan Rektor Termez State University, Mr.Khasanov Azizbek.

180324-03-03.jpg
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli , kerjasama ini adalah selari dengan hasrat untuk menjadikan UMK sebagai institusi bertaraf dunia sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya dalam hubungan kerjasama antara universiti antarabangsa.

180324-03-04.jpg
Beliau berkata, UMK telah mengenal pasti bidang kerjasama yang mempunyai potensi besar untuk menjadikan kerjasama ini dapat dilaksanakan khususnya projek penyelidikan, program pendidikan kolaboratif, atau inisiatif khidmat komuniti.

180324-03-05.jpg
“Kerjasama ini penting untuk perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak dalam menangani cabaran pada hari ini.
“Selain itu, kerjasama ini juga membuka banyak peluang program mobiliti pensyarah dan pelajar termasuklah program pembangunan akademik yang akan memberi manfaat kepada komuniti masing-masing dan menyumbang kepada landskap akademik global,” katanya.

180324-03-06.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png1.png9.png
Today231
Yesterday316
This week231
This month8167
Total286319

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search