BACHOK 30 April 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) buat julung kalinya menerima kunjungan hormat Pengarah Pengurusan Latihan Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Brigedier Jeneral Dato’ Haji Abu Hasan Assha’ari bin Kamis @ Shaffiee.
Ketibaan beliau disambut oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan menerima tabik hormat dari anggota kawalan suku sebaik tiba di perkarangan Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Pengarah Pusat Ko-Kurikulum, Dr. Shahrizal Rahim.
Delegasi turut melawat Padang Kawad UMK dan Astaka Pusat Sukan.
Prof. Dato’ Dr. Razli menzahirkan ucapan terima kasih diatas kunjungan hormat Brigedier Jeneral Dato’ Haji Abu Hasan Assha’ari ke UMK.



