KEJAYAAN

Kejayaan

PROGRAM CELS SIRI PERTAMA KONGSI RAHSIA KEJAYAAN  INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA TERKEMUKA, UNIVERSITI MAHSA

KOTA BHARU 28 April 2024 I  Program Chairman Entrepreneurship Lecture Series (CELS) Siri Pertama 2024 merupakan platform terbaik dalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap kemahiran keusahawanan menerusi perkongsian pengalaman dan kejayaan tokoh-tokoh usahawan dalam industri ini.

020723-02-02.jpg

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, insiatif penganjuran CELS 2024 adalah bertujuan untuk menyuburkan nilai keusahawanan bahkan menjadi platform terbaik bagi keluarga UMK untuk mendekati dan menelusuri kejayaan tokoh – tokoh usahawan terkemuka yang dijemput untuk menyampaikan syarahan bagi program CELS pada tahun ini.

020723-02-01.jpg

Katanya, program siri ceramah ini merangsang pemikiran baharu, cara bertindak dan membuat keputusan dengan kaedah terbaik berdasarkan inovasi hasil pemikiran kreatif yang diperolehi hasil perkongsian ilmu daripada tokoh-tokoh usahawan berjaya sekali gus membentuk tingkah laku dan cara kerja yang lebih efisyen.

020723-02-03.jpg

“Program CELS Siri 1, menampilkan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah MAHSA Sdn. Bhd.,  YB Senator Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa bin Haji Abdullah, untuk berkongsi pengalaman dan ilmu keusahawanan yang dimiliki oleh beliau yang bertepatan dan bermakna kepada UMK selaku sebuah Universiti bertarafkan pendidikan keusahawanan.

020723-02-04.jpg

“Pendidikan keusahawanan penting dikuasai oleh mahasiswa untuk melahirkan kumpulan mahasiswa yang berpotensi besar dalam bidang berkenaan.

“Melalui program ini, saya percaya mahasiswa mampu menjadi individu memiliki kemahiran dan penguasaan berhubung ilmu keusahawanan pada masa depan,” katanya pada program Chairman Entrepreneurship Lecture Series (CELS) Siri 1/2024 anjuran Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) dan Institut Keusahawanan UMK (UMKEI), di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

020723-02-05.jpg

Ceramah siri pertama itu  dihadiri lebih 400 pelajar dan staf UMK itu, YB Senator Profesor Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohamed Haniffa berkongsi pengalaman bertajuk Kepimpinan Melalui V.I.R.T.U.E. Rahsia Kejayaan MAHSA, dalam sesi yang menarik yang menggariskan pendekatan dan amalannya untuk memupuk kejayaan daripada menjadi pegawai perubatan kepada akhirnya membentuk dan menerajui Kumpulan MAHSA Sdn. Bhd.

020723-02-07.jpg

MAHSA University adalah entiti yang terus berkembang; membangunkan program baru, mewujudkan laluan pendidikan lanjut dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti penyelidikan bagi menawarkan pelajar prospek dan pengalaman pembelajaran semasa yang menarik serta pendidikan komprehensif yang bermanfaat kepada pelajar untuk berjaya di masa hadapan.

020723-02-08.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

4
Online

2025-10-02

Search