BACHOK 24 April 2024 I Kumpulan KIK Creative Catalyst Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Kelantan (PKU), dinobatkan sebagai Juana Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2024 dengan produk inovasi medical check up Sinicheck.
Kejayaan itu membolehkan Creative Catalyst membawa pulang hadiah RM1,000, hamper dan sijil serta Anugerah Laporan Terbaik
Tempat kedua, dimenangi kumpulan KIK Nature Crafter yang memenangi hadiah berupa wang tunai RM600, hamper dan sijil. Manakala kumpulan KIK Food Angle Fakulti Hospitaliti Pelancongan dan Kesejahteraan merangkul tempat ketiga untuk memenangi hadiah wang tunai RM300, hamper dan sijil.
Sementara itu, kategori Anugerah Pembentang Terbaik dimenangi oleh Dr. Hasnita Che Harun (Cognitive Squad), Anugerah Inovasi Sosial Terbaik (KIK Nature Crafter) dan Anugerah Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Terbaik (KIK Audit Master)
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Puan Salmira binti Shukri dan Pendaftar UMK, Khairul Eruwan Abdul Halim pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Universiti 2024 di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, hari ini.
KIK 2024 anjuran Pejabat Pendaftar diadakan pada 21 April 2024 di Bangunan Canselori UMK Bachok, bagi mempertandingkan ciptaan dan inovasi hasil idea staf UMK.
Seramai 8 Kumpulan telah menyertai konvensyen ini iaitu Serunine, Food Angel, Projek Hibiscus, AuditMasters, Cognitive Squad, Creative Catalysts, Nature Crafters dan Terra Batik.
Kumpulan KIK yang terbaik akan mewakili UMK ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Universiti Awam (UA) pada 7 hingga 8 Ogos 2024 bertempat di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).