KEJAYAAN

Kejayaan

MOU UMK DAN LPTNU INDONESIA PERKUKUH KERJASAMA DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN


BACHOK 8 Julai 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Lembaga Pendidikan Tinggi Nahdlatul Ulama (LPTNU) Indonesia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama pendidikan dan penyelidikan oleh kedua-dua pihak.
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak dan Ketua LPTNU, Prof. Dr. Hj. Ainul Naim, di American Corner, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK Bachok, Kelantan.

100924-02-02.jpg

 

Menurut Dato’ Prof. Dr.Razli, kerjasama MoU ini adalah satu lagi mercu tanda penting dalam usaha mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua institusi terkemuka ini.
Beliau mengalu-alukan dan menyambut delegasi LPTNU serta wakil-wakil universiti di bawah naungan Universitas Nahdlatul Ulama (NU) ke UMK.
“Hari ini melakar sejarah penting bagi kerjasama ini, disamping menekankan matlamat bersama untuk memupuk pertukaran pengetahuan dan kolaborasi merentasi pelbagai disiplin.
"MoU ini bertujuan untuk memelihara dan mempergiatkan kerjasama, khususnya dalam bidang pendidikan. Ia juga menekankan kepakaran penyelidikan dan kolaborasi melibatkan pensyarah serta pelajar kedua-dua institusi.

100924-02-03.jpg
“Hubungan strategik ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk meningkatkan perkongsian global secara komprehensif. Agenda pembangunan yang berjaya memerlukan perkongsian inklusif yang dibina atas prinsip, nilai serta matlamat bersama," katanya.
Tambah Dato’ Prof. Dr. Razli, LPTNU secara dasarnya telah bersetuju untuk menghantar sekurang-kurangnya tujuh pensyarah mereka dengan biasiswa penuh untuk menyambung pengajian di peringkat S3 iaitu PhD di UMK.

100924-02-04.jpg
Katanya, jumlah pelajar pengajian peringkat PhD dari Indonesia yang telah berdaftar dan melanjutkan pengajian di UMK adalah seramai 78 orang dan 22 orang dijangka bergraduat pada tahun 2024/2025. Dari jumlah tersebut, peratusan terbesar adalah dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan iaitu sebanyak 51 peratus.
“Kerjasama ini akan diperkukuhkan lagi apabila satu lagi MoU akan ditandatangani bersama Universitas Indonesia yang akan disaksikan oleh YBM Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, pada 7 Ogos 2024 di Jakarta, Indonesia,” katanya.

100924-02-05.jpg
Sementara itu, Dato’ Prof. Dr Razli berkata, cadangan kerjasama strategik antara LPTNU dan UMK ialah penubuhan Pusat Latihan Keusahawanan bersama Universitas Nahdlatul Ulama Kalimantan Selatan; penyelidikan, geran padanan dan persidangan antarabangsa juga menjadi agenda utama dalam kerjasama yang dipersetujui.
“Selain itu, kerjasama memperkukuhkan nilai keantarabangsaan dalam kalangan mahasiswa, maka kerjasama program mobiliti serta perkongsian ilmu daripada penceramah jemputan akan dilaksanakan sebagai salah satu program tahunan dalam perancangan ini.

100924-02-06.jpg


“Kerjasama ini bukan sahaja akan menjana pengetahuan baharu dan meningkatkan kesarjanaan akademik, tetapi juga memperkukuh perancangan strategik, terutamanya dalam penyelarasan dengan pendekatan "whole-of-nation approach" yang dianjurkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
“Pendekatan ini selaras dengan 20 Platform dan 5 Fokus Utama yang digariskan oleh Kementerian.
“Majlis ini juga menampilkan perbincangan mengenai pelan tindakan dan garis masa pelaksanaan, mencerminkan persaudaraan mendalam antara kedua-dua negara,” katanya.

100924-02-07.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

7
Online

2025-10-01

Search