BANGI, 5 September 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus melakar kecemerlangan di pentas antarabangsa apabila berjaya merangkul 21 pingat pada pertandingan Karnival Universiti Antarabangsa dalam E-Pembelajaran (IUCEL 2024) dan Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ke-15 (kNovasi 2024) bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor.
UMK menerusi Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA) telah mengharumkan nama universiti dengan membawa pulang empat pingat emas, 10 pingat perak dan tujuh pingat gangsa anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Prof. Madya Dr. Mohamad Najmi Masri selaku Pengarah PKPA, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) turut hadir bagi mewakili TNCA menerimaanugerah yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM, Profesor Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, pada majlis penyampaian dan penutup IUCEL x kNovasi 2024.
Menurut Prof. Madya Dr. Mohamad Najmi, pihak PKPA telah menghantar 21 Projek Inovasi PdP untuk IUCEL dan keseluruhan penyertaan telah berjaya memenangi semua pingat.
Katanya, pada tahun ini IUECL dan kNovasi 2024 UMK telah berjaya meraih empat pingat emas menerusi projek yang diketuai oleh Dr. Nurul Fatihah Binti Hanapi bertajukEdufuture First Year Seminar Pro: An Innovative Educational Solution, Projek Santuni Anak Syurga: Penyediaan Terapi Bantuan Haiwan Kepada Kanak-Kanak Autistik Sebagai Pembelajaran Berasaskan Perkhidmatan oleh Dr. Siti Fathihah Binti Abd Latif, Projek Schediaill: A Learning Tool For Blood And Faecal Sample Collection In Goats And Cattle oleh Dr. Mohammad Sabri Bin Abdul Rahman dan Projek Immersive Design Education: Panoramic 360° 3d Rendering Integration In Interior Architecture Design Studio Course diketuai oleh Encik Ismi Luqman Hamadi Bin Ibrahim.
“Manakala pingat perak dimenangi melalui kejayaan projek Tune Tech Mandarin: Music As The Gateway Towards Chinese Language Acquisition oleh Dr. Julia Tan Yin Yi, projek Micro-Learning Mobile App: Interviexpert - Puan Lena A/P Ramamurthy, projek Nature-Based Learning For Autistic Children: Naturallies diketuai Oleh Encik Ruzaini Bin Ijo dan projek Input-IQ: Academic Text Engagement Matri oleh Shahidatul Maslina Binti Mat So'od.
“Turut menyumbang pingat perak projek Edupod: Podcast-Powered E-Assessment For Global English Classroom oleh Cik Nur Hafezah Hussein, Projek App+Totlas: An App-Aided Train-The-Trainer Approach For Digital Transformation In Lab Associated Subject oleh Dr. Ruhil Hayati Binti Hamdan, projek Nutriverse: Exploring The Future Of Nutrition Education Through Virtual (VR) And Augmented Realities (AR) oleh Dr. Norsyamlina Binti Che Abdul Rahim, Projek The Implementation Of Future, Apprenticeship, Competence And Employee (Industry Face) In Innovative Curriculumdiketuai oleh YM Raja Norliana Binti Raja Omar, projekResearch Ideation Canvas ©: An Innovative Teaching And Learning Tool For Postgraduate Student And Novice Researcher oleh Prof Madya Ts. Dr. Nik Zulkarnaen Khidzirdan Projek Digital Archive Of Malaysian Heritage Infographic With The Assistance Of Generative-Ai Imageryoleh Encik Mohammad Syukran Bin Kamal Ruzzaman,” katanya.
Sementara itu, tujuh pingat gangsa berjaya dimenangi menerusi projek Mastering Muet Speaking: An Interactive Ebook Implementing Task-Based Language Teaching oleh Pn Nurul Iman Binti Ahmad Bukhari, projek Pocketmuet: Your-On-The-Go Companion oleh Cik Syakirah Binti Shafien, projek Osce: A Holistic Assessment For Teaching And Learning oleh Dr. Murshidah Mohd Asri dan Sulam Project On The Knowledge Transfer Program For Young Smallholder Farmers Community In Kelantan oleh Dr Mohd Zharif Bin Ramli.
Selain itu, projek Reviving Kelantan Heritage: An Innovative Approach To Cultural Art & Craft Retail Design oleh Encik Ismi Luqman Hamadi Ibrahim, Quick Response Code To Enhance Insect Learning (Entomology) Via Insectarium olehDr. Norashikin Binti Mohd Fauzi dan E-Minassoh: Pameran Produk Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pelantar Moodle V4.4 dengan fungsi kebolehcapaian (accessibility) oleh Dr. Ahmad Zaki Amiruddin.
Untuk makluman, IUCEL dan Kongres kNovasi diadakan serentak pada tahun ini yang memfokuskan kepada kemajuan e-pembelajaran dengan mengumpulkan para pendidik, penyelidik dan pengamal dari seluruh dunia untuk berkongsi inovasi, pengalaman dan amalan terbaik dalam e-pembelajaran dan teknologi pendidikan.
Sementara Kongres kNovasi pula merupakan usaha yang telah direncanakan setiap tahun oleh Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum UKM di dalam menggalakkan perkongsian hasil kreativiti dan inovasi peserta daripada latar belakang yang pelbagai.
