KEJAYAAN

Kejayaan

UMK PERLUAS KERJASAMA AKADEMIK & PENYELIDIKAN DENGAN KALBIS UNIVERSITY, INDONESIA

BACHOK, 4 November 2024 – Universiti Malaysia Kelantan (UMK), melalui Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara maya dengan Kalbis University, Indonesia, bagi menjalin kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia.
Majlis ini telah ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak, di American Corner, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK Bachok, Kelantan. Manakala, Rektor Kalbis Institute, Mr. Naik Henokh Parmenas, menandatangani MoU tersebut di Kalbis University, Jakarta, Indonesia.
MoU ini turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Huzili Hussin, dan Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi Kalbis University, Dr. Siti Nurjanah. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, serta Dekan FBI, Prof. Madya Dr. Kamarulzaman Abd. Ghani.

231224_nov-01-02.jpg


Menurut Dato’ Prof. Dr. Razli, MoU ini adalah kesinambungan hasil kerjasama yang telah terjalin sebelum ini dalam bidang kecemerlangan akademik dan penyelidikan. Katanya, peluang ini akan menyediakan laluan baharu untuk kedua-dua universiti menerusi kerjasama antarabangsa dan perkembangan bidang akademik.
“Saya amat berbangga melihat institusi ini bergabung dan memulakan usaha kolaborasi untuk mencapai kecemerlangan dan pertumbuhan bersama dalam pelbagai inisiatif akademik. Ini adalah memorandum persefahaman kedua; yang pertama telah dimeterai pada 5 April 2021. Alhamdulillah, hari ini kami meneruskan MoU ini untuk kali kedua, yang jelas membuktikan kebersamaan kami dalam bidang tertentu,” ujarnya.

231224_nov-01-01.jpg
“Melalui kerjasama sebelum ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, antaranya program Syarahan Tamu Industri Kewartawanan Penyiaran di Asia Tenggara yang berlangsung bulan lalu. Program ini dapat menunjukkan sejauh mana kita boleh bekerjasama untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran masing-masing,” tambahnya.
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Kamarulzaman berkata, MoU ini akan memfokuskan kepada lima bidang utama, iaitu peluang latihan industri dan pekerjaan untuk pelajar, termasuk pengambilan alumni Kalbis ke UMK. Katanya, kerjasama ini juga akan mengamalkan Tri Dharma Pengajian Tinggi, yang merangkumi pendidikan dan pengajaran, penyelidikan dan pembangunan, serta khidmat masyarakat. Selain itu, latihan bersama pensyarah jemputan atau penceramah dari Kalbis di UMK juga akan dilaksanakan.
“MoU ini mengukuhkan kerjasama kami untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan perniagaan mengikut persetujuan dan prosedur yang ditetapkan oleh setiap pihak. Bidang kerjasama lain juga akan dipersetujui bersama,” katanya.

231224_nov-01-03.jpg
Tambah beliau, kerjasama ini juga melibatkan pertukaran mobiliti antarabangsa, perkongsian penerbitan penyelidikan saintifik, dan pelbagai kerjasama lain yang akan memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua universiti.
“Dengan kerjasama ini, diharapkan akan memberi sumbangan besar ke arah peningkatan kualiti dan kedudukan yang lebih baik antara kedua-dua pihak di peringkat serantau dan global,” ujar Prof. Madya Dr. Kamarulzaman

231224_nov-01-05.jpg

 231224_nov-01-06.jpg

 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

2
Online

2025-10-01

Search