KEJAYAAN

Kejayaan

UMK ANTARA UNIVERSITI AWAM TERTINGGI CAPAI KADAR BERGRADUAN BEKERJA (GE) DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN (GM) DI MALAYSIA


BACHOK 13 April 2025 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melakar sejarah apabila mencatatkan Kadar Bekerja Graduan (GE) 97.2 peratus dan Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) 96.7 peratus bagi tahun 2024 sekaligus membuktikan kejayaan melahirkan graduan cemerlang dan menepati kehendak industri tercapai.
KPI peningkatan GE dan GM sentiasa menjadi keutamaan Universiti dan hasilnya sejak tempoh itu 2019 dan 2020 telah meningkat ke tahap lebih 90 peratus berturut-turut berbanding pada tahap 58 peratus pada tahun 2017.
Sementara, peningkatan GE sebanyak 97.2 peratus pada 2024 meningkat berbanding tahun 2023 iaitu 94.5 peratus.
Kejayaan yang dicapai ini adalah hasil usaha komited pengurusan tertinggi dibawah kepimpinan Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail serta sokongan semua warga Fakulti, Pusat Pengajian dan semua PUsat Tanggungjawab Universiti.
Sumber: Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Kementerian Pendidikan Tinggi.

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search