KEJAYAAN

Kejayaan

UMK CAPAI RUNDINGAN KERJASAMA ERAT DENGAN KEMENTERIAN EKONOMI DALAM PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI


PUTRAJAYA 14 April 2025 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini mengadakan kunjungan ke pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron untuk rundingan kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi sektor ekonomi dan pendidikan tinggi.

260525-06-06.jpg
Pada kunjungan itu juga UMK turut menawarkan pelantikan Profesor Adjung UMK kepada Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Dato’ Nor Azmie Diron.
Penyerahan surat tawaran pelantikan telah diserahkan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah kepada Dato’ Nor Azmie di pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, di Putrajaya, hari ini.

260525-06-09.jpg
Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah UMK YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, Prof. Dr. Huzili bin Hussin, dan Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur UMK, Prof. Madya Dr. Shardy Abdullah.

260525-06-12.jpg
Menurut Prof. Ts. Dr. Arham, kunjungan delegasi UMK ini juga membuka ruang kolaborasi strategik ini kedua-dua untuk memperkasa agenda pembangunan ekonomi negara melalui pendidikan tinggi dan pemerkasaan komuniti luar bandar.
“Ini juga simbolik kepada kerjasama erat antara dunia akademik dan sektor ekonomi ke arah pembangunan ilmu dan dasar yang lebih mantap,” jelas beliau.

260525-06-13.jpg

 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search