BANDUNG 18 April 2025 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Institut Teknologi Bandung (ITB), dijangka bakal mengadakan kerjasama strategik dalam bidang Teknologi Mineral dan Bahan dalam tempoh terdekat.
Menurut Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, cadangan kerjasama itu dipersetujui dalam satu pertemuan antara kedua-dua universiti sempena kunjungan hormat UMK ke Indonesia.

Pertemuan ini dihadiri oleh Rektor ITB, Prof. Dr. Ir. Tatacipta Dirgantara M.T. dan Dekan Fakultas Teknik Pertambangan dan Perminyakan (FTTM), Prof. Ir. Ridho Kresna Wattimena, M.Sc, Ph.D.
Manakala UMK dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Huzili Hussin, Pengarah UMKCEE, Prof. Madya Ts. Dr Muhammad Ashlyzan Razik dan Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Chm. Ts. Dr. Abdul Hafidz Yusof.
Pada kunjungan ke ITB pihak UMK telah diberikan penerangan berkaitan kepakaran yang dimiliki oleh ITB khususnya dalam teknologi mineral dan bahan yang menjadi keupayaan koloborasi kedua-dua institusi itu.

“Kami telah dibawa melawat makmal yang baharu Research Laboratory yang dibangunkan dengan kerjasama antara GEM, Central South University CSU, China dan ITB.
“Dalam lawatan ini, delegasi UMK dibawa melihat kemudahan dan fasiliti yang ada di Institut Teknologi Bandung Kampus Jantinangor, Bandung, Indonesia.
Pada sesi lawatan itu, Prof. Ts. Dr. Arham dan delegasi teruja dan kagum dengan kemudahan teknologi terkini yang terdapat di makmal ini.
Menurut beliau, fasiliti teknologi di makmal bernilai cukup canggih dengan kos kira kira 100 juta USD yang ditaja oleh pihak industri.
Katanya, makmal ini memproses bahan mentah sehingga mendapat logam (metal) tertentu. Awalnya, makmal ini fokus kepada penghasilan Nickel dan sekarang mula memfokuskan kepada bahan REE.

“Kerjasama ini akan mengukuhkan kerjasama dan kebolehlihatan (visibility) kita di mata dunia. Ianya juga akan mengukuhkan dasar kedaulatan teknologi technologicalsovereignty antara Malaysia dan Indonesia.
“Selain itu, UMK adalah universiti awam pertama dari Malaysia yang berkunjung di ITB ini yang secara tidak langsung akan menjalinkan kerjasama dengan makmal ini melalui beberapa inisiatif seperti sangkutan penyelidikan, pertukaran pelajar dan beberapa lagi inisiatif lain,” jelasnya lagi.





_large.jpeg)





