KEJAYAAN

Kejayaan

UMK UNIVERSITI PILIHAN MAJIKAN 2025 OLEH TALENTBANK


KUALA LUMPUR 22 APRIL 2025 | Universiti Malaysia Kelantan (UMK) tersenarai universiti pilihan majikan 2025 oleh Indeks Kebolehkerjaan Siswazah Nasional (Indeks GE) Talentbank 2025 (Penarafan 6 Bintang).
Majlis penyampaian Anugerah Employers’ Choice Award (ECA) 2025 anjuran Talentbank itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail.

270525-01-03.jpg
Penarafan sebagai Employers’ Choice of University itu berdasarkan kepada empat penawaran program menjadi pilihan industri yang ditawarkan iaitu Program Hospitaliti, Pelancongan, Logistik dan Pengajian Bahasa.
Menurut Prof. Dr. Mohammad pencapaian anugerah ini diberikan berdasarkan tinjauan dan penilaian terhadap pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
Beliau berkata, penilaian pihak industri terhadap graduan UMK membuktikan bahawa produk UMK memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
“Kejayaan ini jelas mencerminkan keunggulan UMK dalam menyediakan program akademik yang berkualiti tinggi, disokong oleh barisan pensyarah yang berkemahiran tinggi dan komited dalam melahirkan graduan yang bersedia untuk menghadapi dunia kerjaya sebenar.

270525-01-01.jpg
“Allhamdullilah, ini juga menzahirkan usaha berterusan UMK dalam memastikan kurikulum yang relevan dan sejajar dengan kehendak industri semasa.
Pengiktirafan ini bukan sahaja mengukuhkan reputasi UMK di peringkat nasional dan antarabangsa, malah turut menarik minat para majikan, meningkatkan kadar kemasukan pelajar baharu, serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi bersama industri,” katanya.
Sementara itu, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, KPT kini digerakkan melalui pelaksanaan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025–2035, yang memberi tumpuan kepada peningkatan kebolehpasaran graduan melalui peluasan program Work-Based Learning (WBL) dan penambahbaikan kurikulum agar lebih selari dengan keperluan industri.
Pada masa yang sama, beliau turut menyambut baik usaha pelbagai pihak luar termasuk TalentCorp yang memperkasa kolaborasi industri-akademia (Industry-Academia Collaboration – IAC) serta inisiatif seperti National Graduate Employability Index (NGEI) yang diperkenalkan oleh Talentbank bagi menilai kebolehpasaran graduan secara lebih holistik.

270525-01-02.jpg
ECA 2025 menghimpunkan lebih 100 pemimpin industri serta wakil 40 universiti awam dan swasta ini turut meraikan institusi yang menerima pengiktirafan berdasarkan undian lebih 1,000 majikan terkemuka tanah air.
Majlis ini turut mendapat sokongan syarikat-syarikat korporat utama seperti Maybank, PETRONAS, Celcom Digi, Nestlé, Telekom Malaysia dan lain-lain atas sumbangan mereka dalam membimbing graduan ke alam pekerjaan sebenar.

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

1
Online

2025-10-16

Search