KUALA LUMPUR 27 April 2025 I Pasukan Debat Asasi UMK (UMK Ascent) melakar sejarah apabila buat pertama kalinya menjuarai Pertandingan Debat Inter Asasi (PeDAA) 2025 bagi Kategori Bahasa Melayu yang berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Pasukan Debat Asasi UMK berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM2,500.00, piala iringan PeDAA 2025 dan sijil. Manakala, pasukan debat kategori Bahasa Inggeris yang layak ke separuh akhir membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.00 dan sijil.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM, Prof. Dr. Zamri Radzi kepada semua pemenang.
Pasukan Debat UMK mewakili kerajaan telah membawa usul bertajuk Penyalahgunaan Bahasa Dalam Iklan Melemahkan Aspirasi Menjadikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Serumpun Asean telah dibarisi oleh Nur Alya Masarah Abd Aziz, Nur Ieffah Imtiyaz Abdul Rahman, Muhammad Arief Fahimy Mohd Faizal dan Muhammad Nur Nasuha Mohd Nordin. Menurut Pensyarah UMK-AsCent selaku Penyelaras Pasukan Debat AsasibUMK, En. Zulfikri Saidina Ali, kejayaan sulung ini membuktikan bahawa pendebat UMK dari kalangan pelajar asasi mempunyai daya saing yang tinggi serta mampu berhujah secara kritis dan mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai isu-isu yang berlaku di dalam dan luar negara.

Beliau berkata, cabaran layak ke pusingan akhir cukup mencabar kerana pasukan UMK melangkah ke pusingan suku akhir kita berada di kedudukan ketujuh.
“Pasukan UMK boleh dikira pasukan underdog namun melihat kepada kesungguhan pendebat yang berhujah di peringkat awal memberi saingan kepada pihak lawan.
“Pada peringkat suku akhir kita bertemu dengan pasukan yang berada di ranking kedua yang juga pasukan utama tuan rumah iaitu Universiti Malaya A.
“Namun, dengan semangat kental dan hujah mantap pasukan UMK menang bergaya dengan menewaskan pasukan UM A dengan 3-0. Di peringkat suku akhir, sekali lagi kita bertemu pasukan tuan rumah UM B. Pada pusingan ini, UM B perlu menang dan mereka berharap untuk menewaskan UMK untuk layak ke pusingan akhir untuk menjaga nama selaku tuan rumah. Allhamdullilah, rezeki berjaya berpihak kepada pasukan UMK walaupun kita hanya menang tipis 3-2,” katanya.
Tambah beliau, pada pusingan akhir pasukan UMK berjaya menewaskan Pasukan UiTM A dan seterusnya bergelar Juara Pertandingan Debat Inter Asasi (PeDAA) 2025 bagi Kategori Bahasa Melayu.
Sementara itu, pasukan Debat UMK yang bertanding dalam Kategori Bahasa Inggeris juga turut mencipta rekod baharu apabila buat julung-julung kalinya telah berjaya mara sehingga ke Peringkat Separuh Akhir.





_large.jpeg)





