KEJAYAAN

Kejayaan

UMK METERAI MOA KERJASAMA STRATEGIK LIMA BUAH INDUSTRI DIBAWAH GERAN PENYELIDIKAN PROGRAM PADANAN INDUSTRI (IMAP)


KOTA BHARU 23 Mac 2025 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan lima buah industri bagi Geran Penyelidikan Program Padanan Industri (IMaP) dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
MoA ini melibatkan Kelstone Sdn. Bhd., Wau Tradisi Sdn. Bhd., Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad (KoDewan), Aura Biocare Sdn. Bhd. dan Desa Cendawan Enterprise.

mac2025-04-02.jpg
Pada majlis itu, Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah telah menyempurnakan majlis menandatangani MoA dengan Kelstone Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Kanan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Perniagaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), En. Ridzuan Bin Sidek dan disaksikan oleh Pengurus Besar, Kelstone Sdn Bhd, Profesional Geologist Phakhruddin Bin Abdullah.

mac2025-04-03.jpg
Bagi syarikat Wau Tradisi Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Mohd Anazim Bin Adnan yang disaksikan oleh Pengurus Besar, Wau Tradisi Sdn. Bhd. En. Muhamad Nasfi Bin Sukri.
Bagi MoA KoDewan diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarah KoDewan, En. Mohd Azhan Ammar Ab. Latif dan turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, KoDewan, En. Mohd Ali Amin Bin Ab Latif.

mac2025-04-04.jpg
Manakala Aura Biocare Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohamad Bukharie bin Che Harun dan disaksikan oleh Ketua Operasi Pemasaran, Aura Biocare Sdn. Bhd., En. Muhammad Syahmi Ammar bin Ahmad Shaiful Akmal. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKTN, Ts. Mohd Fadzhel Bin Mohd Nasir.

mac2025-04-05.jpg
MoA kelima diwakili oleh Pengurus Desa Cendawan Enterprise, En Mohd Hairolzeman bin Harun yang disaksikan oleh Penyelia, Desa Cendawan Enterprise, En. Mohd Nazit Bin Musa. Menurut Prof. Ts. Dr. Arham, MoA ini dijangka memberikan pelbagai manfaat di bawah program penyelidikan dan inovasi UMK dimana pada 2024 dimana sebanyak tiga fasa permohonan Geran Penyelidikan ImaP telah dibuka.

mac2025-04-06.jpg
“Daripada jumlah permohonan itu sebanyak lapan projek telah diluluskan pada ketiga-tiga fasa tersebut dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2,734,263.00.
“Allhamdullilah, melalui inisiatif ini dapat membantu dan menggalakkan penyelidik untuk meneruskan penyelidikan berdasarkan hasil penyelidikan awal sehingga ke penyelidikan gunaan/eksperimental yang boleh memberikan manfaat bukan sahaja kepada industri malah komuniti.
“Cadangan penyelidikan mestilah bertujuan untuk penyelesaian masalah industri atau penambahbaikan produk/proses/system atau lain-lain keperluan industri,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi Penyelidikan Program Padanan Industri (IMaP) KPT, di Bilik Mesyuarat Lembaga Senat, UMK Kampus Kota, hari ini.

mac2025-04-07.jpg
Sementara itu, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Ts. Dr. Julie Juliewatty Mohamed berkata, kerjasama UMK bersama Kelstone Sdn. Bhd adalah bagi projek “Environmental System for Removal of Thorium Using Ion Exchange Gravitational Technique (E-RIEGHT) As New Model for Rare Earth Green Mining” dibawah kepakaran penyelidik UMK diketuai oleh Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Hafidz Yusof daripada Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT).

mac2025-04-08.jpg
Beliau berkata, kerjasama UMK bersama WAU Tradisi Sdn. Bhd., adalah bagi projek “Intelligence Filler System: Precision Powder Filling With Automatic Packaging Process”diketuai oleh Ts. Dr. Mazlan Bin Mohamed daripada Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK).
“Seterusnya kerjasama melibatkan UMK dan Koperasi Dewan Melayu Kelantan Berhad (KoDewan) bagi projek bertajuk Development Of AN in-Situ Processing Cetre Using Integrated Kenaf Bioprocessing System: Biozyme Ultimate Debark Unit (B.U.D. U) diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mardawani Mohamad daripada FBKT.

mac2025-04-09.jpg
“Bagi kerjasama UMK dan Aura Biocare Sdn. Bhd. untuk projek Prototyping of Kenaf Leaves Drinks (iKenaf Tea) Intergrated With Lemongrass And Ginger Formulation For The Scale Up Pilot Study yang diketuai oleh Dr. Maryana Mohamad Nor daripada Institut Penyelidikan Jaminan Makanan dan Pertanian Lestari (IFFSA).
“Kerjasama yang terakhir melibatkan kepakaran UMK bersama Desa Cendawan Enterprise bagi projek Development Of Intergrated Solar Energy With Re-Regulating Modular Mushroom System (I-Sem) yang diketuai oleh Ts. Dr Muhammad Iqbal Ahmad daripada FBKT,” katanya.

mac2025-04-10.jpg

mac2025-04-11.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-10-01

Search