KEJAYAAN

Kejayaan

MOHAMMAD AUZAIE TERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA, PERNAH TUJUH KALI TERIMA ANUGERAH DEKAN DAN MENANG ANUGERAH KIJANG EMAS FPV

BACHOK 5 Mei 2025 I Demi menggapai cita-cita untuk bergelar Doktor Perubatan Veterinar, Dr. Mohammad Auzaie Afandii, 33, membuat keputusan
menyambung lagi pengajian di bidang veterinar setelah tamat ijazah sains perubatan dalam jurusan Ijazah Sains Perubatan di University College Cork, Ireland.

21072025-06-02.jpg
Minat mendalam dan dengan dorongan kuat untuk menjadi Doktor Perubatan Veterinar akhirnya beliau terus pulang ke Malaysia dan memohon untuk menyambung pengajian Ijazah Doktor Perubatan Veterinar di Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai ijazah keduanya.
Anak kelahiran Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah itu akhirnya berjaya menerima tawaran belajar di UMK dan merupakan antara 3,014 graduan UMK yang menerima ijazah pada Istiadat Pemasyhuran dan Konvokesyen UMK Ke 14 di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, Kelantan, hari ini.
Ibarat rezeki tidak salah alamat, beliau turut dinobatkan selaku penerima Anugerah Pelajaran DiRaja yang dikurniakan sendiri oleh Tuanku Pro Canselor UMK, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

21072025-06-04.jpg
Menurut Dr. Mohammad Auzaie, meminati bidang perubatan veterinar kerana beliau seorang yang menyayangi haiwan tetapi tidak berkesempatan serta tidak berpeluang untuk meneruskan kemahuan dan minat sendiri dengan lebih mendalam.
Katanya, impian itu timbul sejak kecil lagi dan keinginan itu semakin kuat semasa waktu belajar bidang sains perubatan di Ireland dulu dimana beliau pernah memelihara dua ekor kucing.
“Jadi saya pilih UMK kerana hanya dua universiti sahaja yang menawarkan bidang perubatan veterinar di Malaysia. Pihak FPV UMK telah beri peluang kedua kepada saya walaupun latarbelakang pendidikan education saya berbeza daripada pelajar lain.
“Ijazah Doktor Perubatan Veterinar merupakan ijazah kedua saya selepas Ijazah Sains Perubatan dari University College Cork, Ireland,”katanya.
Berkongsi rahsia kejayaan dan pengalaman belajar di UMK beliau sebagai anak bongsu daripada tiga beradik bangga dan terharu kerana dapat menghadiahkan kejayaan kepada ahli keluarga.

21072025-06-01.jpg
“Saya sangat gembira dengan pencapaian yang saya terima hasil usaha belajar bersungguh-sungguh dan berkat doa dan sokongan keluarga.
“Semasa belajar saya merancang apa yang ingin dipelajari, mengkaji subjek/material yang ingin dipelajari dari awal sebelum membaca dengan lebih teliti agar tahu objektif subjek/material yang tengah dipelajari dan formula nya saya mengulang sekurang-kurangnya dua kali.
“Selain itu, saya mengutamakan kesihatan mental kerana kalau jiwa tenang, lebih senang untuk belajar, dan material yang dibaca lebih mudah masuk.
“Amalan membaca ayat kursi sebagai penerang hati dan Rabbi yassir wala tu'assir sebelum memulakan sebarang ujian atau peperiksaan. Sentiasa solat hajat dan meminta restu doa ibu bapa tiap kali sebelum peperiksaan,” katanya.
Berkat kesungguhan Dr. Mohammad Auzaie itu beliau memperoleh Anugerah Dekan untuk tujuh semester berturut-turut dan merupakan penerima Anugerah Kijang Emas di FPV termasuk memenangi lima anugerah industri serta berjaya membawa balik hadiah wang tunai RM10,000.00.
Beliau juga kini menyambung pengajian dalam Ijazah Doktor Falsafah secara fastrack di Fakulti Perubatan Veterinar UMK dalam bidang Patologi Veterinar.

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search