BACHOK 7 Mei 2025 I “Sepatutnya adik yang berada di pentas mengambil ijazah, bukan orang lain,” kata Hasmah Awang Teh, 77, ibu kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kesejahteraan) dengan Kepujian di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Allahyarham Nursuhaida Ibrahim, 24.
Walaupun sedih ibu kepada arwah Nursuhaida itu tetap reda dengan ketentuan ilahi diatas pemergian anak bongsu dari 11 adik beradik pada 11 November 2024.

Beliau ditemani kakak arwah, Aziani Ibrahim, 47, hadir ke konvokesyen arwah Nursuhaida untuk menerima Anugerah Anumerta daripada Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah pada sidang kelima Istiadat Konvokesyen UMK ke 14, di Dewan Tuanku Canselor (DTC), UMK Bachok, hari ini.
Keluarga arwah Nursuhaida juga turut menerima sumbangan takaful bernilai RM8,500 dan dua jambangan bunga konvokesyen daripada Prof. Ts. Dr. Arham bagi menghargai kehadiran keluarga pelajar berkenaan.

Menurut Aziani, sepatutnya arwah Nursuhaida atau lebih mesra dengan penggilan adik itu yang berada di pentas mengambil ijazah, bukan dirinya.
Katanya, pada awal pemergian arwah kami terutama ibunya, Hasmah sukar untuk menerima kehilangannya kerana sebelum ini arwah sihat, tiba-tiba mempunyai komplikasi breast cancer sehinggakan terpaksa menerima rawatan kemoterapi.

“Kami sekeluarga mendapat tahu arwah menghidap penyakit kanser pada September 2024 iaitu ketika semester akhir pengajian dan tidak sempat menjalani latihan perindustrian (IL).
"Arwah sempat menjalani dua kali kemoterapi di Hospital Sunway. Arwah kerap meluahkan rasa tidak sabar untuk menghabiskan pengajian dan bercita-cita mahu membuka perniagaan spa.
“Arwah seorang yang manja dan paling rapat dengan ibu sejak kecil lagi. Adiknya juga seorang yang ceria dan suka bergurau bila bersama keluarga," katanya.





_large.jpeg)





