KEJAYAAN

Kejayaan

PASUKAN DEBAT HARUMKAN NAMA UMK JOHAN DEBAT KUWASA 2025


KOTA BHARU 12 Mei 2025 I Pasukan Debat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sekali lagi mencipta rekod baharu apabila dinobatkan sebagai johan dalam Kejohanan Debat Keusahawanan Kebangsaan KUWASA 2025 bagi Kategori Utama yang julung kali diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota , Pengkalan Chepa, Kelantan, semalam.

21072025-09-02.jpg
Pasukan Debat UMK selaku kerajaan membawa pulang Piala Pusingan, hadiah wang tunai RM2,000.00, dan sijil penghargaan.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail.
Pusingan awal kejohanan tersebut telah diadakan secara atas talian bermula 2 hingga 4 Mei 2025.
Sementara peringkat suku akhir, separuh akhir dan pusingan akhir para peserta berentap secara bersemuka pada 9 hingga 11 Mei yang diadakan di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa.

21072025-09-03.jpg
Menurut Prof. Dr. Mohammad, kejohanan debat KUWASA ini melibatkan penyertaan IPTA seluruh Malaysia anjuran Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) dan Majlis Perwakilan Pelajar UMK (MPPUMK).
Beliau merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pasukan debat UMK yang telah beraksi dengan cemerlang.
“Selain itu, ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan penganjuran sulung KUWASA 2025 ini.
“Pertandingan debat ini dapat dijadikan pengalaman yang amat berharga buat semua yang terlibat,” katanya.

21072025-09-04.jpg
Sementara itu, Pegawai Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) merangkap Penyelaras Pasukan Debat UMK, Cik Nur Aida binti Elias berkata, pasukan debat Kategori Bahasa Melayu dari UMK dianggotai oleh empat orang pelajar, iaitu Nik Nur Alissa Safira binti Mohd Laha, Nazurah binti Bacho, Zulhaidhar Danial bin Zakaria dan Muhammad Firdaus bin Afizal Baktiar.
“Pada peringkat suku akhir, pasukan UMK berjaya menewaskan pasukan Universiti Pertahanan Nasional B, (UPNM 😎, pada peringkat separuh akhir, mereka menewaskan pasukan dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

21072025-09-05.jpg
“Manakala pada peringkat akhir, pasukan UMK selaku kerajaan telah berjaya menewaskan pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sekali gus dinobatkan sebagai johan Kejohanan Debat Keusahawanan Kebangsaan KUWASA 2025,” katanya.
Tambah beliau, pencapaian tersebut membuktikan mahasiswa UMK memiliki daya saing yang tinggi serta keupayaan untuk berhujah secara kritis.
“Pada masa yang sama, mereka turut mempunyai pengetahuan yang luas mengenai isu-isu semasa di dalam dan luar negara, terutamanya dalam membahaskan tajuk pertandingan iaitu menyokong peralihan dasar eksport negara kepada pasaran serantau Asia,” jelas beliau.

21072025-09-06.jpg

 
21072025-09-08.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-11-07

Search