KEJAYAAN

Kejayaan

UMK DAN UNIVERSITY OF SOUTH WALES, UK BANGUN KERJASAMA PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI


BACHOK 20 Mei 2025 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan University of South Wales (USW), United Kingdom, hari ini Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pelaksanaan projek perintis berkaitan bidang bioteknologi dan analisis sampel geologi.
Majlis Menandatangan MoU secara Virtual telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah manakala University of South Wales diwakili oleh Pro-Naib Canselor Penyelidikannya, Prof. Martin Steggall.

21072025-12-02.jpg
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Pengarah Kanan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UMK, Prof. Ir. Ts. Dr. Julie Juliewatty Mohamed, Pengarah, Perkhidmatan Penyelidikan dan Inovasi, USW, Dr. Owain Kerton dan Timbalan Dekan, Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengkomputeran, Kejuruteraan dan Sains, USW, Prof. Sandra Esteves.

21072025-12-03.jpg
Menurut Prof. Ts. Dr. Arham, kerjasama ini adalah perkongsian strategik jangka panjang yang memfokuskan kepada bidang pendidikan, penyelidikan dan latihan.
Katanya, terdapat projek penyelidikan bersama yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Wee Seng Kew dari UMK manakala Profesor Duncan Pirrie dari USW.
“University of South Wales merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang terbaik dan berpusat di United Kingdom. Kedua-dua pihak akan bekerjasama melaksanakan penyelidikan bioteknologi.

21072025-12-04.jpg
“Hubungan UMK dan USW telah lama bermula sejak awal lagi. MoU ini membuktikan komited Universiti untuk meneruskan kerjasama dengan untuk melaksanakan program akademik dan penyelidikan bersama,” katanya.
Tambah beliau, selain bidang penyelidikan kerjasama ini turut melibatkan mobiliti akademik, program latihan dan pertukaran ilmu dan kepakaran masing-masing.

21072025-12-05.jpg

21072025-12-06.jpg
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-11-07

Search