KEJAYAAN

Kejayaan

TUJUH TERAS STRATEGIK UTAMA UMK30 DILANCARKAN, PERKUKUH KEDUDUKAN UMK UNIVERSITI KEUSAHAWANAN

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.51.jpeg
UMK Bachok 25 Januari 2026 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggariskan tujuh teras utama Pelan Strategik UMK30 seiring dengan hala tuju dan agenda nasional Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026 – 2035, yang di umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Tujuh langkah strategik itu dirangka secara berstruktur sehingga sasaran UMK berjaya dicapai dalam tempoh lima tahun dalam usaha mengukuhkan kedudukan UMK sebagai Universiti Keusahawanan.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.52_1.jpeg
Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah berkata, UMK30 dibangunkan untuk memberi tumpuan kepada KebitaraanKeusahawanan Serta Penghasilan Bakat Keusahawanan Humanistik dengan memartabatkan UMK sebagai sebuah Universiti Pendidikan Keusahawanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Beliau berkata, fokus kedua ialah memperkasa program akademik unggul serta mengukuhkan jaringan global dengan meningkatkan keterlihatan kecemerlangan akademik di peringkat antarabangsa.WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.52_2.jpeg


“Pada masa sama, UMK30 turut berfokuskan penghasilan graduan yang holistik dan berdaya saing serta memperhebatkan libat sama alumni untuk pembangunan pelajar dan Universiti.
“UMK30 turut memberi tumpuan kepada pengukuhan ekosistem penyelidikan, pembangunan, inovasi, komersialisasi dan jaringan strategik untuk mencapai ekonomi yang berimpak mampan.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.52.jpeg
“Seterusnya, UMK pada tempoh lima tahun kedepan akan mengalami pertumbuhan pembangunan, justeru pengukuhan Governan Universiti dan Pemerkasaan Bakat berasaskan nilai integriti, inovasi keterangkuman dan sinergi sebagai teras pengurusan institusi yang telus, berakauntabiliti dan berkesan perlu dititikberatkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Peluncuran Pelan Strategik Universiti Malaysia Kelantan 2026-2030 (UMK30) yang disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, di Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, UMK Bachok, Kelantan, hari ini.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.53_1.jpeg
Menurut Dato’ Prof. Ir. Dr. Arham, fokus Keenam dalam UMK30 ialah kemampanan kewangan melalui pengurusan kewangan strategik iaitu mempergiatkan pejanaan sumber pendapatan Universiti secara mampan melalui pelbagai inisiatif strategik yang bersepadu dan berimpak tinggi, dengan menekankan pemelbagaian sumber pendapatan bagi mengurangkan
kebergantungan kepada dana kerajaan.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.53.jpeg
“Bagi memastikan aspek kesejahteraan warga UMK terpelihara, pada fokus ketujuh ialah mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif dengan peningkatan kualiti infrastruktur, pendigitalan, dan kesejahteraan hidup seluruh warga Universiti.
“Dengan penumpuan ini akan memberi impak positif kepada warga UMK dalam peningkatan prestasi kerja, pembelajaran dan perkhidmatan.
“Justeru itu, UMK bertekad menonjolkan identiti sebagai universiti keusahawanan unggul bukan sahaja melalui kecemerlangan akademik, tetapi juga melalui persepsi positif masyarakat dan pemegang taruh terhadap ekosistem dan persekitaran kampusnya.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.54_1.jpeg
Tambah beliau, sepanjang hampir dua dekad penubuhannya, UMK telah melalui perjalanan yang konsisten dalam membina kredibiliti sebagai universiti awam yang relevan, diyakini dan berimpak melalui pengukuhan akademik, penyelidikan berfokus, inovasi dan keterlibatan aktif bersama komuniti.
Katanya, pencapaian UMK hari ini bukan hasil usaha jangka pendek, sebaliknya manifestasi komitmen berterusan seluruh warga universiti dalam menjayakan peranan UMK sebagai pemangkin pembangunan insan dan ekonomi wilayah.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.54_2.jpeg
“Secara jelas, Visi UMK30 merupakan agenda universiti untuk Pembangunan Insan Holistik Bercirikan Keusahawanan iaitu mengangkat pembangunan insan secara holistik yang melangkaui kecemerlangan akademik, dengan penekanan kepada keseimbangan intelek, emosi, sosial dan etika bagi melahirkan insan berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.54.jpeg
“Keusahawanan dijadikan teras pembentukan jati diri graduan UMK, bukan sekadar sebagai kemahiran ekonomi, tetapi sebagai sikap hidup, cara berfikir dan keberanian bertindak dalam mencipta nilai serta menyelesaikan masalah.
“UMK berhasrat melahirkan graduan yang berdaya cipta dan berdaya tahan, mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang sentiasa berubah serta berperanan sebagai pencipta peluang, pemimpin dan agen perubahan.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.55_1.jpeg
“Pembangunan insan bercirikan keusahawanan ini disasarkan untuk memberi impak yang melangkaui konteks tempatan, dengan membentuk graduan berfikiran global yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan dunia secara beretika dan mampan,” katanya.
Sementara itu, Dato’ Dr. Hassan Basri berkata, majlis Peluncuran Pelan Strategik UMK30 pada hari ini bukan sekadar satu acara simbolik atau pematuhan kepada kitaran perancangan lima tahun.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.55_2.jpeg
Beliau berkata, ini adalah pernyataan iltizam institusi terhadap tanggungjawab besar yang dipikul oleh Universiti Malaysia Kelantan sebagai sebuah universiti awam.
“Pelan UMK30 turut dilaksanakan selaras dengan manifetasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030, New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi memastikan UMK bukan sahaja relevan, tetapi menjadi rakan strategik kepada negara dalam menjayakan agenda pembangunan jangka panjang.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.55.jpeg
“UMK30 menandakan bahawa universiti ini tidak lagi berada dalam fasa mencari identiti, tetapi telah sampai ke tahap menentukan sumbangan jangka panjangnya kepada negara.
“UMK30 memberi penekanan bahawa kecemerlangan tidak boleh dicapai tanpa nilai intergriti untuk memastikan keputusan dibuat dengan betul, agenda keusahawanan adalah untuk memastikan universiti kekal dinamik, inklusiviti memastikan tiada pihak yang tercicir; dan kelestatarian bagi memastikan impak yang dibina tidak bersifat sementara,” katanya.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.57_2.jpeg
Pada majlis itu, Dato’ Dr. Hassan Basri turut melancarkan logo Sambutan 20 Tahun Penubuhan UMK dan menyempurnakan majlis penyerahan Pelesenan Pengkomersialan Produk Biokenaf 2026, royalti produk Biokenaf, geran kontrak penyelidikan dan sumbangan bantuan kepada pelajar UMK.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.57.jpeg

Universiti Malaysia Kelantan menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri berhubung Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, yang menjadi kerangka penting dalam memperkukuh masa depan pendidikan tinggi negara secara inklusif, mampan dan berdaya saing.
UMK komited untuk memainkan peranan aktif sebagai universiti pemacu pembangunan wilayah dan pembina bakat masa depan negara, selari dengan semangat Malaysia MADANI dan aspirasi pendidikan tinggi yang inklusif serta berteraskan nilai.

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.58_1.jpeg

WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.58_2.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.58.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.59_1.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.26.59.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.27.00_1.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.27.00_2.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.27.00.jpeg
 
WhatsApp_Image_2026-02-04_at_11.27.01.jpeg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2026-03-12

Search