KERJAYA

Kerjaya

800 TAWARAN PELUANG KERJAYA DI KARNIVAL KERJAYA MYCAREER@MOHE 2022 ZON TIMUR


Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, penganjuran karnival anjuran Pusat Pembangunan Kerjaya Dan Alumni (PPKA), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama MOHE dapat dijadikan sebagai platform untuk membantu graduan mendapatkan informasi mengenai peluang pekerjaan dan latihan kemahiran yang ditawarkan dalam pasaran pekerjaan.
Katanya, insiatif penganjuran karnival MyCareer@MOHE adalah antara strategi terbaik bagi meningkatkan kadar Kebolehpasaran Graduan (GE) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun ini menerusi pelbagai peluang pekerjaan Yang ditawarkan.

151122-01-03.jpg

151122-01-02.jpg
“Karnival ini juga adalah untuk membantu bakal graduan atau pencari kerja mendapatkan akses maklumat kerjaya atau peluang pekerjaan termasuk penempatan latihan industri pelajar.
“Inisiatif pelaksanaan karnival kerjaya dapat mengoptimunkan penggunaan tenaga kerja dan mengurangka kadar pengangguran di kalangan graduan,” katanya pada Majlis Perasmian MyCareer@MOHE 2022, yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian.

151122-01-04.jpg
Pada majlis itu, turut diadakan majlis penyampaian sumbangan wang zakat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada UMK berjumlah RM16,000, bagi membantu golongan pelajar B40.Turut berlangsung, penyerahan surat tawaran kerja kepada calon-calon yang berjaya mendapatkan pekerjaan.
Majlis itu turut disaksikan oleh Dato’ Dr. Hj. Megat Sany, Prof. Dr. Razli Dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail.
Sementara itu, penganjuran karnival ini mendapat kerjasama daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP), UiTM Cawangan Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

151122-01-05.jpg
Manakala, sektor industri terdiri dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), PERKESO, Talentcorp, Syarikat ANTSBEES Sdn. Bhd, pihak penaja dan juga bakal graduan yang turut serta dalam penganjuran karnival kerjaya pada kali ini.

 

151122-01-06.jpg

151122-01-07.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png3.png4.png
Today146
Yesterday316
This week146
This month8082
Total286234

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search