KERJAYA

Kerjaya

DANA AMBASSADORS FUND FOR CULTURAL PRESERVATION MENYOKONG PEMULIHARAAN REBANA KERCING


BACHOK 4 Januari 2023 I Dalam usaha memartabat sejarah dan keunikan warisan budaya Rebana Kercing Kampung Laut agar terus terpelihara, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil inisiatif bekerjasama dengan Kedutaan Amerika Syarikat menerusi projek penyelidikan “Preservation of the Rebana Kercing of Kampung Laut, Kelantan” di bawah dana penyelidikan Ambassadors Fund for Cultural Preservation (AFCP).
Projek penyelidikan bernilai RM200,000 ini melibatkan seramai 27 ahli penyelidik serta kakitangan UMK untuk menjalankan kajian dan penyelidikan dari perspektif sosiobudaya masyarakat yang bertujuan memelihara seni persembahan Rebana Kercing yang dipercayai mula bertapak sejak 150 tahun lalu di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.160123-01-01.jpg
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, hasil daripada projek penyelidikan Rebana Kercing itu, pelbagai pencapaian dan kejayaan telah dicapai antaranya mendokumentasikan dua buah buku hasil penyelidikan dan pemuliharaan seni persembahan Rebana Kercing. Buku yang akan diterbitkan ini bertajuk “Rebana Kercing Kampung Laut: Preservation of the Art” setebal 108 muka surat dan sebuah lagi merupakan coffee table bertajuk “The Preservation of Rebana Kercing: The Journey” (setebal 90 muka surat)
Katanya, kandungan buku yang ditulis oleh kumpulan penyelidik UMK dari pelbagai bidang pengkhususan termasuklah berkaitan situasi semasa, sejarah, Persatuan Rebana Kercing, instrumen, tarian, kostum dan aktivis.

160123-01-03.jpg
Manakala kandungan buku coffee table menampilkan visual usaha-usaha pemuliharaan merangkumi temu bual, kerja lapangan dan proses digitalisasi latihan serta persembahan kebudayaan Rebana Kercing melalui projek AFCP.
“Selain itu, sebuah dokumentari Rebana Kercing turut diterbitkan oleh UMK yang berkisar kepada latar cerita yang menarik yang dikaitkan dengan sejarah Rebana Kercing di Kampung Laut sejak beberapa generasi yang telah menjadi jati diri khusus untuk masyarakat di kampung itu dan penduduk di Kelantan amnya.
Dengan unsur keislaman dan budayanya, Rebana Kercing sangat mencerminkan jati diri orang Kelantan. Dokumentari pendek bertajuk Rebana Kercing:The Dying Arts sebanyak 13 episod ini bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi,” katanya.160123-01-02.jpg
Beliau berkata demikian pada majlis penutup bagi projek “Preservation of the Rebana Kercing of Kampung Laut, Kelantan” yang disempurnakan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brian D. McFeeters, di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, pada 4 Januari 2023.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Penasihat Persatuan Rebana Kercing Kampung Laut, En. Harun Bin Hasan.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, projek ini bukan sahaja membolehkan generasi akan datang menghargai warisan berabad-abad lamanya ini tetapi juga membolehkan pembuat rebana dan pakaian Rebana Kercing wujud dan mencari rezeki.

160123-01-05.jpg
“Secara tidak langsung, membolehkan kemahiran membuat rebana dan pakaian diturunkan kepada generasi seterusnya. Saya percaya inilah yang telah diperhatikan oleh pasukan AFCP sepanjang kerja lapangan mereka. Dengan peredaran masa, sama seperti seni persembahan tradisional lain di Kelantan, Rebana Kercing menghadapi aliran menurun dan berkemungkinan besar, tanpa sebarang campur tangan berkesan, ia akan berada di ambang kepupusan.
“Oleh itu, memelihara seni persembahan ini adalah penting, kerana warisan tradisional, baik yang ketara dan tidak ketara, akan melindungi bukan sahaja kewujudan seni persembahan itu tetapi pihak berkepentingan yang menyumbang kepada kelangsungannya.

160123-01-07.jpg
“Saya berharap seni persembahan ini dapat dikekalkan sebagai satu warisan budaya tidak ketara, diketahui, dan seterusnya diwarisi kepada generasi akan datang,” katanya.
Sementara itu, Duta Besar A.S. ke Malaysia Brian D. McFeeters, berbangga kerana Dana Duta untuk Pemeliharaan Budaya berjaya menyokong pemuliharaan Rebana Kercing untuk generasi akan datang.
“Sejak 20 tahun lalu, Dana Duta telah dilaksanakan di seluruh dunia untuk menjalin persahabatan melalui warisan budaya dan memperkukuh hubungan rakyat dengan rakyat. Kami akan terus berusaha untuk memastikan orang di seluruh dunia mendapat akses kepada kepelbagaian budaya dan tradisi yang kaya, seperti Rebana Kerching, yang terdapat di Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, Prof. Dr. Nik Maheran selaku Penyelidik Utama Projek Pemuliharaan Rebana Kercing Kampung Laut berkata, hasil daripada penyelidikan selama setahun yang bermula November 2021 itu, pihak UMK telah menganjurkan beberapa forum dan seminar di peringkat nasional serta antarabangsa antaranya sesi Talk On ‘Arts and Architectural Heritage Conservation’, di UMK Bachok, pada 13 Julai 2022.
Prof. Dr. William Ryan Chapman dari University of Hawaii at Manoa, Amerika Syarikat antara panel telah berkongsi maklumat berkaitan isu pemeliharaan seni dan budaya ketara serta tidak ketara di peringkat antarabangsa. Selain itu, UMK juga menganjurkan webinar 'Preserving Performing Arts: Best Practice’, di Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok, pada 23 Mei 2022.
“Seminar itu bertujuan membincangkan amalan terbaik di seluruh dunia dalam memelihara seni persembahan yang menampilkan panel dari Universiti of Hawaii, Prince of Songkla University dan Pusat Warisan Budaya, Jabatan Negara AS.

160123-01-08.jpg
UMK juga turut menyertai persidangan webinar antarabangsa bertajuk Global Virtual Conference for Community – Centred Preservation - US Ambassadors Fund for Cultural Preservation: Lessons for the Next 20 Years anjuran US Ambassadors Fund for Cultural Preservation (AFCP), menerusi platform Zoom, pada 10 November 2022.
Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad antara panel penceramah dijemput untuk sesi perkongsian aktiviti dan pencapaian projek “Preservation of the Rebana Kercing of Kampung Laut, Kelantan” dibawah US Ambassadors Fund for Cultural Preservation.

160123-01-09.jpg
Projek penyelidikan ini juga akan dibentangkan secara atas talian di The IAFOR International Conference on Arts & Humanities in Hawaii (IICAH) 2023 pada 5 Januari 2023 dengan pembentangan bertajuk “Rebana Kercing of Kampung Laut: Sustaining the Communal Activity With Academic Collaboration”.
Seminar anjuran The International Academic Forum ini bakal disertai oleh ahli-ahli akademik dari seluruh dunia.

 

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png8.png1.png
Today293
Yesterday316
This week293
This month8229
Total286381

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search