KERJAYA

Kerjaya

KOR SISKOR BERPELUANG PILIH KERJAYA BIDANG KEPENJARAAN


BACHOK 26 September 2023 I Pegawai Kadet Kor Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) mempunyai peluang kerjaya yang cerah dalam bidang kepenjaraan sebaik sahaja tamat pengajian di universiti.

161023-02-02.jpg
Komandan Kor SISKOR UMK, Penolong Komisioner Penjara (K), Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, pelajar yang menyertai badan beruniform Kor SISKOR mempunyai peluang cerah untuk menyertai Jabatan Penjara Malaysia seperti yang dimaklumkan dalam ucapan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Haji Nordin Haji Muhamad.

161023-02-03.jpg
Beliau berkata, siswa-siswi yang menyertai Kor SISKOR ini didedahkan dengan pelbagai ilmu kepenjaraan untuk menyesuaikan diri dengan komuniti penjara termasuklah ilmu, pengajaran dan pengalaman yang diperolehi melalui latihan ini dapat digunakan sebaik-baiknya.
“Pelajar yang menyertai badan beruniform ini memiliki sifat jati diri, disiplin dan sahsiah diri yang tinggi. Ini memberi peluang yang lebih luas kepada Pegawai Kadet Kor SISKOR untuk memilih profesion dalam bidang kepenjaraan ini atau dimanfaatkan dalam dunia pekerjaan selepas ini,” katanya selepas Majlis Pentauliahan dan Tamat Latihan SISKOR IPTA, di Padang Kawad, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan, pada 26 September 2023.

161023-02-04.jpg
Seramai 183 Pegawai Kadet Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) dari lima buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dan UMK, menerima watikah pentauliahan.
Turut berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) kepada 183 pelatih Kor SISKOR, di Bilik Seminar 1, Kompleks Akademik, UMK Bachok, yang disempurnakan oleh Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Haji Nordin Haji Muhamad.

161023-02-05.jpg
Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), Dato' KP Narander Singh, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Pengarah Pengurusan Banduan, IPPM, YDH. KP Ajidin Salleh, dan Pengarah Penjara Negeri Kelantan, YDH PKK Mat Yaacob,.

161023-02-06.jpg
Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Razli mendahului senarai 11 penerima anugerah Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas Kedua yang membawa pangkat Penolong Komisioner Penjara (Kehormat ).

161023-02-07.jpg
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, dengan berlangsungnya Majlis Pentauliahan dan Tamat Latihan Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) IPTA ini universiti dapat melahirkan insan yang berkualiti, cemerlang, berdisiplin dan berintegriti bagi mendokong misi dan visi Jabatan Penjara Malaysia serta universiti.
Beliau berkata, objektif utama penubuhan SISKOR adalah untuk memberi kesedaran kepada siswa siswi tentang tanggungjawab sosial, di samping menambah pengetahuan dan membuka minda siswa siswi bahawa penjara bukan sahaja tempat penahanan banduan, bahkan penjara juga sebagai tempat pemulihan bagi banduan melalui program yang disediakan oleh jabatan penjara itu sendiri.

161023-02-08.jpg
“UMK buat julung kalinya menjadi tuan rumah kepada Kor SISKOR dari lima buah universiti ini. Sepanjang berkursus, siswa-siswi ini telah didedahkan dengan pelbagai ilmu kepenjaraan untuk menyesuaikan diri dengan komuniti penjara selaras dengan matlamat universiti sebagai universiti komuniti,” katanya.

161023-02-09.jpg

 
161023-02-10.jpg
 
161023-02-11.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png6.png1.png
Today173
Yesterday316
This week173
This month8109
Total286261

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search