KERJAYA

Kerjaya

300 PELUANG PEKERJAAN DAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI DITAWARKAN DI MYCAREER@UMK 2023


KOTA BHARU 16 Oktober 2023 I Lebih 300 peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri ditawarkan sepanjang dua hari penganjuran MYCAREER@UMK 2023, bermula pada 15 hingga 16 Oktober 2023.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, berkata, karnival kerjaya MyCareer@UMK 2023 kali ini membuka peluang kepada bakal graduan UMK terutama mahasiswa tahun tiga dan empat untuk meneroka bukan sahaja peluang kerjaya di syarikat-syarikat terpilih malah menyediakan platform kepada untuk meninjau latihan industri yang ditawarkan.

261123-09-01.jpg
Katanya, objektif utama penganjuran ini juga untuk membantu bakal graduan universiti mendapatkan maklumat terkini mengenai kerjaya.
“Selain itu, ini juga dapat membentuk sahsiah yang murni dengan memberi penekanan kepada program etika sosial khususnya semasa mereka berada di tempat latihan industri atau ditempat kerja.

261123-09-03.jpg
“Terdapat lima slot perkongsian antara industri bersama pelajar mengenai pelbagai topik pembangunan kerjaya seperti financial literacy, gig economy dan juga industri 4.0,” katanya pada majlis perasmian MyCareer@UMK 2023, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Fadil Mohd Yusof dan
Dekan FSDK, Dr. Hasyiya Karimah Adli,

261123-09-04.jpg
Antara rakan industri yang terlibat ialah Technoriant, Antbees, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Selain itu, turut memberi sokongan dari rakan-rakan baharu industri seperti Syarikat Recruit, Place and Train (RPT) yang beroperasi di Singapura, PricewaterhouseCoopers (PwC), Resort World Genting dan juga The Grand Renai, Kota Bharu.
UMK juga turut menerima penyertaan daripada Telco seperti Maxis Hotlink, syarikat Insuran Ijtehad Group.

261123-09-05.jpg

261123-09-06.jpg
 
261123-09-07.jpg
 
261123-09-08.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png3.png0.png
Today242
Yesterday316
This week242
This month8178
Total286330

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search