KERJAYA

Kerjaya

MoA UMK & ANGKASA MAMPU MENARIK GOLONGAN BELIA SISWAZAH MENCEBURKAN DIRI DALAM PENUBUHAN PERNIAGAAN KOPERASI

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Angkasa - UMK Research Academy (AURA) dan Anggota Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menjalinkan kerjasama dari aspek penyelidikan, perundingan dan perkhidmatan, pengantarabangsaan, penerbitan, serta latihan yang lebih sistematik.

231123-11-02.jpg
Majlis menandatangani kedua-dua perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato' Dr. Razli Che Razak dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, di Bilik Mesyuarat Sadiq, Angkasa, Kelana Jaya pada 3 Oktober 2023.
Perjanjian kerjasama itu, turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof. Mohammad Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato' Hj. Abdullah Hj.Jusoh.
Menurut Naib Canselor UMK, Prof. Dato' Dr. Razli Che Razak, AURA adalah satu platform atau jaringan berhubung dalam mempromosikan dan menarik golongan belia siswazah untuk menceburkan diri dalam penubuhan perniagaan koperasi.

231123-11-03.jpg
Seramai 50 orang penglibatan pelajar UMK yang terdiri daripada pelajar latihan industri, tahun akhir, tahun tiga dan Alumni UMK mempunyai kompetensi sebagai usahawan koperasi yang berdaya saing dan inovasi.
Selain itu, AURA juga telah dilantik sebagai konsultan bagi Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) yang telah dirasmikan pada 10 Julai 2023 oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Ini merupakan satu pencapaian, bukan sahaja untuk AURA tapi turut menjadi pencapaian yang tertinggi untuk UMK, katanya".

231123-11-04.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png7.png3.png
Today185
Yesterday316
This week185
This month8121
Total286273

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search