KERJAYA

Kerjaya

MAHASISWA PERLU MANFAATKAN PELUANG SAMBUNG BELAJAR DI UMK

KOTA BHARU 3 Oktober 2023 I Mahasiswa/wi baharu sesi 2023/2024 perlu memanfaatkan peluang berada di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menimba ilmu pengetahuan sebaik mungkin dengan menjadi seorang yang berilmu, beradab, cemerlang, berdaya saing, bertanggungjawab dan beretika.
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, pelajar juga harus bersyukur diatas limpahan kurniaan Allah SWT dan izin-Nya anda semua hari ini telah berjaya menjejaki kaki ke menara gading.

271123-02-06.jpg
Katanya, anda adalah harapan ibu bapa selama ini. Mereka mahu melihat anak-anak mereka berjaya masuk ke Universiti dan seterusnya memperoleh pekerjaan atau menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti.
“Justeru, kita berada di universiti bukan sahaja untuk memperluaskan ilmu pengetahuan tetapi pelajar-pelajar seharusnya turut menyertai program-program akademik dan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh universiti.

271123-02-05.jpg
“Pihak UMK melalui Pengurusan Kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) sentiasa menganjurkan pelbagai program dan aktiviti seperti Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk memberi pengalaman baharu dan pendedahan kepada mahasiswa-mahasiswi,” katanya pada Majlis Amanat Naib Canselor dan Majlis Ikrar Pelajar Baharu UMK Sesi 2023/2024 Sempena Minggu Mesra Mahasiswa (3M), di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

271123-02-02.jpg
Sementara itu, seramai 3,132 pelajar baharu mendaftar bagi sesi akademik 2023/2024 di tiga kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), untuk mengikuti 29 bidang pengajian membabitkan 10 fakulti di UMK Bachok, UMK Kampus Kota dan UMK Kampus Jeli.
Prof. Dato’ Dr. Razli berkata, pencapaian jumlah kemasukan pelajar pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2022 dan melebihi sasaran yang ditetapkan universiti iaitu 3,000 pelajar.
“Ini merupakan satu pencapaian terbaik.Tahniah kepada anda semua kerana telah berjaya menjejak kaki di menara gading selepas berhempas pulas semasa STPM, Asasi, Kolej Matrikulasi dan pengajian diploma.

271123-02-01.jpg
“Mahasiswa/wi baharu ini telah membuat pilihan tepat untuk masuk UMK kerana sekiranya anda gagal untuk mendapatkan pekerjaan makan gaji tetapi peluang terbuka luas untuk menjadi seorang usahawan terkenal,” katanya.
Prof. Dato’ Dr. Razli turut memaklumkan bahawa sebanyak 87.9 peratus pelajar UMK merupakan golongan daripada B40 dan paling tinggi di Malaysia.
Katanya, bagaimanapun UMK sentiasa mengambil inisiatif melalui insiatif Bahagian Kebajikan Dan Tatatertib Pelajar HEPA dan Pusat Islam UMK untuk membantu pelajar B40 dengan menyediakan pelbagai kemudahan bantuan kewangan secara tunai, kupon makanan, rumah sewa dan sumbangan bakul rahmah.

271123-02-07.jpg
“Mahasiswa mendapat manfaat dengan inisiatif pihak universiti bagi menyantuni pelajar yang tidak berkemampuan dan untuk meringankan beban pelajar supaya mereka dapat memberi tumpuan pelajaran di universiti dan tidak risau tentang masalah kewangan
“Pihak UMK juga menyumbang bantuan zakat, sumbangan laptop dan bantuan yuran pendaftaran bagi membantu pelajar yang memerlukan,” katanya.

271123-02-03.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png3.png1.png
Today143
Yesterday316
This week143
This month8079
Total286231

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search