KERJAYA

Kerjaya

100 PERATUS KEBOLEHPASARAN GRADUAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR UMK


KOTA BHARU 9 November 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatatkan 100 peratus kadar kebolehpasaran (GE) bagi graduan Doktor Perubatan Veterinar di Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) pada tahun ini.
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, permintaan terhadap profesion perubatan veterinar ini amat tinggi dan ianya memberi peluang jaminan kerja dalam pelbagai bidang kepakaran veterinar sama ada di agensi kerajaan mahupun swasta.
Beliau berkata, pada tahun ini UMK berjaya melahirkan seramai 44 orang graduan Doktor Perubatan Veterinar dan dengan penambahan ini akan meningkatkan serta menampung keperluan veterinawan yang kompeten dan berwibawa di negara ini.

021224-04-09.jpg
“Sehingga kini, UMK telah menghasilkan seramai 402 orang Doktor Perubatan Veterinar sejak tahun 2014. Graduan FPV ini telah menabur jasa dan menyumbangkan khidmat di pelosok negara dalam bidang perubatan veterinar termasuk dalam sektor kerajaan, badan berkanun dan swasta.
“Sementara itu, seramai 44 graduan FPV mengangkat sumpah sebagai Doktor Perubatan Veterinar dan seterusnya mendaftar dalam Ikhtisas Kedoktoran Veterinar dengan Majlis Veterinar Malaysia,” katanya.
Pada majlis itu, Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar itu telah disempurnakan oleh Dr. Mohd Noor Hisham Bin Mohd Haron yang mewakili Presiden dan Pendaftar Majlis Veterinar Malaysia.

021224-04-03.jpg
Turut berlangsung, majlis penyampaian anugerah kecemerlangan graduan FPV kepada 30 penerima yang cemerlang dalam bidang akademik di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, hari ini.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli berkata, FPV telah mengecapi pelbagai kejayaan pada tahun ini antaranya kejayaan FPV melalui program mobiliti antarabangsa iaitu program Inbound Credit Mobility dengan A’Sharqiyah Universiti, Oman.
“Saya difahamkan seramai 29 orang pelajar klinikal Doktor Perubatan Veterinar,A’Sharqiyah Universiti telah mengikuti pengajian selama dua bulan di UMK.
“Pihak FPV juga telah berjaya mengadakan FPV industrial engagement day dan Veterinary Business and Entrepreneurship Symposium (VBES) yang menghimpunkan pemain pemain industri veterinar,” katanya.

021224-04-04.jpg
FPV juga telah menyambut ulangtahun ke 15 penubuhannya dan telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam Gala FPV sebagai platform mengiktiraf serta menghargai segala sumbangan dan sokongan pelbagai pihak yang telah bersama-sama membangunkan FPV termasuk staf, alumni dan industri.
Selain itu, perasmian Hospital Pengajar Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, pada kunjungan rasmi ke UMK baru-baru ini.
FPV juga telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Fakulti Cemerlang 2023, Piala Naib Canselor, UMK.

021224-04-05.jpg

021224-04-06.jpg
 
021224-04-07.jpg
 
021224-04-08.jpg
 
021224-04-09.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png7.png0.png
Today182
Yesterday316
This week182
This month8118
Total286270

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search