BACHOK 25 April 2024 I Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membiayai sepenuhnya yuran pengajian Nurul Shahfiqah binti Mohd Shahrizan iaitu pelajar tahun satu(1) program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) Dengan Kepujian, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sehingga tamat belajar.
Dalam kenyataan media rasmi, KPT memaklumkan akan menyalurkan beberapa insentif bagi membantu meringankan beban keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas tragedi dua buah helikopter terhempas di Lumut, Perak pada Isnin lalu.
Sementara itu, UMK melalui Bahagian Kebajikan dan Tatatertib Pelajar (BKTP), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), turut menziarah keluarga Nurul Shahfiqah di kediamannya semalam.
BKTP turut menyampaikan sumbangan kecemasan kepada Nurul Shahfikah semasa sesi ziarah tersebut.
Turut hadir, Ketua Pentadbir/Timbalan Pendaftar Kanan,Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YM Raja Azlan bin Raja Ismail, Ketua Bahagian,Bahagian Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, Encik Mohd Adli bin Ismail dan Yang Dipertua, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Luqman Hakim Mohd Khatim.