KERJAYA

Kerjaya

457 PEGAWAI KADET SELESAI PERBARISAN ULUNG KOMANDAN BADAN BERUNIFORM UMK

BACHOK – Seramai 457 orang pegawai kadet badan beruniform Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berjaya menjalani Perbarisan Ulung Komandan Badan Beruniform UMK yang berlangsung di Padang Kawad UMK, Bachok, Kelantan, hari ini.

291224-okt-07-02.jpg

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Komandan Palapes Laut UMK, Ybhg. Kapten (Kehormat) Prof. Dr. Mohamad Ismail; Komandan Kor SUKSIS, YDH. Penolong Pesuruhjaya Polis (Kehormat) Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah; Komandan Kelanasiswa, Ybrs. Dr. Razman Hafifi Redzuan; Komandan Bulan Sabit Merah, Ybrs. Dr. Ikram Rauhi Che Ibrahim; Timbalan Komandan SISKOR, Ybrs. Timbalan Penguasa Penjara (Kehormat) Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Saufi Che Rusuli; dan Wakil Komandan Pandu Puteri Klover, Leftenan Pemimpin, Puan Nur Yuhanis Mat Yusoff.

291224-okt-07-03.jpg

Naib Canselor UMK merangkap Komandan Palapes Darat, Kolonel (Kehormat) Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak, berkata perbarisan ini menunjukkan disiplin dan semangat kepimpinan yang tinggi serta melambangkan komitmen terhadap nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada badan beruniform.

291224-okt-07-04.jpg

“Sebagai anggota badan beruniform, kita dilatih untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, berketerampilan dan berintegriti kerana badan beruniform telah memainkan peranan penting dalam membentuk karakter dan sahsiah diri pelajar,” katanya.

291224-okt-07-06.jpg

Beliau turut menyeru semua ahli badan beruniform untuk terus mengekalkan semangat ini sebagai pemangkin untuk terus berusaha dan berbakti, bukan sahaja di dalam universiti, tetapi juga di luar sana bersama masyarakat.

Dato’ Prof. Dr. Razli juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelatih, pegawai dan urusetia yang telah bekerja keras dalam menjayakan perbarisan kali ini dan menyeru agar semua pihak terus mempromosikan nilai positif demi kesejahteraan universiti.

291224-okt-07-07.jpg

291224-okt-07-08.jpg
 
291224-okt-07-09.jpg
 
291224-okt-07-10.jpg
 
291224-okt-07-11.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search