KERJAYA

Kerjaya

SESI PRA-PERBINCANGAN BERSAMA PAKAR RUJUK WAKIL INDUSTRI DAN NAIB CANSELOR UMK


KOTA BHARU 16 Mac 2025 I Sesi Pra Perbincangan Pelan Pembangunan Strategik UMK30 sebelum ucapan penuh Perutusan Naib Canselor UMK telah diadakan bersama wakil industri dan pemegang taruh di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan.

mac2025-09-01.jpg
Sesi tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan kehadiran pihak industri terdiri Tan Sri Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (Pengerusi, Dagang NeXchange Berhad), Dato’ Kamarulazman bin Muhamed (Founder & Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Aerodyne Group), En. Badzlan Bakar (CO-Founder & Ketua Pegawai Eksekutif, Reyhut Automation), Prof. Dr. Shahrin Bin Mohammad (UTM), Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah bin Abdullah (Timbalan Pengarah, AKEPT) serta Prof. Emeritus Dato' Ir. Dr. Zainai bin Mohamed (Profesor Emeritus, UTM).

mac2025-09-03.jpg
Hadir sama wakil UMK, Dato' Prof. Dr. Noor Azizi Ismail dan Dato' Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad.
Hasil perbincangan, UMK memperincikan untuk menilai pencapaian UMK dari 2021 sehingga 2024 sebagai asas bagi strategi masa hadapan, Mendapatkan input daripada pakar rujuk untuk memastikan pelan strategik yang lebih relevan dan kompetitif, Membincangkan hala tuju dan keutamaan strategik universiti menjelang 2030 dan Memastikan UMK terus berkembang sebagai institusi pendidikan tinggi yang berdaya saing, seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035.

mac2025-09-02.jpg
Selain itu, UMK mengambil 14 langkah strategik awal sebagai pelan tindakan dan komitmen melalui Penubuhan Pasukan Tugas Khas UMK3O, Kemenjadian Pelajar sebagai Mahasiswa Unggul, Merekayasa Sistem Akademik, Penstrukturan Semula UMKCEE, UMK Succession Plan Framework (UMK Future), Strategi Penjanaan dan Pendanaan, Pengantarabangsaan yang Holistik, Penyelidikan Bermanfaat dan Bernilai Komersial, Kemudahan dan Aktiviti Sukan Komersial, Aktiviti Kerohanian di UMK, UMK Digital Agenda, Hab Keusahawanan Global, Memperkukuhkan Sistem Penyampaian UMK dan Ekosistem Keusahawanan Serba Baharu.

mac2025-09-04.jpg
Pelan Strategik UMK 2030 akan menjadi dokumen rujukan utama dalam memastikan UMK terus berkembang sebagai pusat kecemerlangan akademik dan keusahawanan.
Maklum balas yang diterima daripada perbincangan ini akan digunakan untuk memperkemas strategi serta tindakan bagi mencapai visi dan misi universiti menjelang 2030.

mac2025-09-05.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

2
Online

2026-01-26

Search