KERJAYA

Kerjaya

30 SYARIKAT PEMULA TERBAIK PELAJAR IPT, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI TERPILIH SERTAI π˜½π™Šπ™Šπ™π˜Ύπ˜Όπ™ˆπ™‹ 𝙏𝙃𝙀 𝙉𝙀𝙓𝙏 π˜½π™„π™‚ 𝙏𝙃𝙄𝙉𝙂: π™Žπ™π˜Όπ™π™π™π™‹ π˜Ύπ™Šπ™ˆπ™‹π™€π™π™„π™π™„π™Šπ™‰ πŸπŸŽπŸπŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ“ (π—£π—˜π—₯π—œπ—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—‘π—”π—¦π—œπ—’π—‘π—”π—Ÿ)


KOTA BHARU 13 Mei 2025 I Sebanyak 30 syarikat pemula pelajar mewakili Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti menyertai pertandingan The Next Big Thing (TNBT) Startup Competition 2024/2025 bertempat di H Γ‰lite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan, bermula 11 hingga 15 Mei 2025.
TNBT ini digerakkan oleh Institut Keusahawanan (UMKEI) bersama Seksyen Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

21072025-10-03.jpg
Menurut Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMK (UMKEI), Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff, bootcamp ini memberi ruang untuk para pelajar meneroka potensi diri, mengasah kemahiran insaniah, serta membina rangkaian strategik antara universiti, industri dan ekosistem startup yang lebih luas.
Katanya, buat permulaaan syarikat pelajar yang terpilih menerima RM5,000 dana pembangunan MVP dan akan mengikuti bengkel intensif, sesi mentoring, webinar akses pasaran dan akhirnya Investor Pitch di hadapan juri industri dan pelabur sebenar.

21072025-10-04.jpg
β€œSetiap startup ini mewakili pelbagai industri seperti perkhidmatan digital, pertanian pintar, kesihatan digital, serta penyelesaian berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Things (IoT).
β€œMelalui pertandingan ini kita tidak mahu pelajar sekadar berfikir tentang graduasi dan bertebaran mencari pekerjaan, tetapi berfikir untuk mencipta pekerjaan dan membina legasi.

21072025-10-05.jpg
β€œKPT telah meluluskan Dana Keusahawanan tahun 2024 untuk memberi ruang kepada para pelajar meneroka potensi diri, mengasah kemahiran insaniah, serta membina rangkaian strategik antara universiti, industri dan ekosistem startup yang lebih luas,” katanya pada Majlis Perasmian Bootcamp The Next Big Thing:Startup Competition 2024.
Turut hadir, Pengarah Ignite Venture Lab (IVL), UMKEI- Pengarah Program TNBT, Dr. Hana Yazmeen Hapiz, Pengarah Centre of Entrepreneurship Education and Development (CEED), UMKEI- Co Pengarah Program TNBT Dr. Mohd Safwan Ghazali dan Pengasas, ADA Biotech Sdn. Bhd., Ts. Muhammad Akmal bin Amir.
Tambah Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin, program seperti The Next Big Thing adalah sangat penting kerana ekonomi startup sedang berkembang di seluruh dunia.

21072025-10-06.jpg
Katanya, menurut laporan Startup Genome 2024, nilai ekosistem startup global kini melebihi USD 6 trilion, dengan lebih 480 syarikat unicorn dicatatkan tahun lalu sahaja.
β€œManakala di Malaysia sedang menyaksikan lonjakan pertumbuhan dalam ekosistem startup, khususnya dalam sektor fintech, agritech, healthtech dan greentech.
β€œLaporan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menunjukkan bahawa sektor ekonomi digital dijangka menyumbang lebih 25 peratus kepada KDNK negara bagi tahun 2025, dan syarikat pemula memainkan peranan utama dalam pencapaian ini,” katanya.

21072025-10-07.jpg
Menurutnya, kita telah melihat syarikat startup tempatan yang berjaya mencipta nama bukan sahaja dalam negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa – seperti Carsome, platform jual beli kereta terpakai pertama Malaysia yang mencapai status unicorn; Aerodyne, syarikat teknologi dron yang kini beroperasi di lebih 35 negara; dan StoreHub, penyedia sistem POS digital yang digunakan oleh ribuan perniagaan kecil di Asia Tenggara.
β€œIni adalah sebahagian syarikat yang bermula dengan satu MVP, satu pasukan kecil, dan satu visi besar.
β€œJusteru, tiada alasan mengapa pelajar kita hari ini tidak boleh menjadi sebahagian daripada gelombang kejayaan ini,” katanya.

21072025-10-08.jpg

21072025-10-09.jpg
 
21072025-10-10.jpg
 
21072025-10-11.jpg
 
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search